ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MUZIUM SNOOPY TOKYO MENGADAKAN PAMERAN MEMPERINGATI ULANG TAHUN PERTAMA, BERMULA 22 APRIL, 2017

Wednesday 26/04/2017



AsiaNet 68301
 
TOKYO, 26 April, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Temui Rakan-rakan Snoopy di "Peanuts Gang All Stars! -- Perkenalkan Rakan Anda kepada Saya, Snoopy" –
 
Mencapai ulang tahunnya yang pertama pada Ahad, 23 April, 2017, Muzium Snoopy Tokyo memulakan satu pameran peringatan yang bertajuk "Peanuts Gang All Stars! -- Perkenalkan rakan anda kepada saya, Snoopy" dari Sabtu, 22 April.
 
(Logo:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201704211134/_prw_PI1fl_EUeITxSz.jpg)
 
Di antara lebih 70 watak di dalam "Peanuts," watak-watak biasa terutamanya telah dipilih dengan teliti sebagai kumpulan All Star bagi pameran ini. Snoopy dan rakan-rakannya yang berbeza ("Peanuts Gang") dan hubungan di antara satu dengan yang lain adalah seperti yang dinyatakan melalui 80 cerita bergambar komik yang asal dan sebuah video asal yang baharu dihasilkan.
 
Bersempena dengan pameran baharu itu, BROWN'S STORE telah menambah kira-kira 200 item baharu yang menarik, yang menjadikan kesemuanya kira-kira 650 produk asal. Cafe Blanket juga menyediakan sebuah menu menyeronokkan yang menampilkan item pameran yang eksklusif seperti penkek ulang tahun pertama, dan minuman terhad bulanan.
 
Bermula dari Sabtu, 22 April, pengunjung awam boleh merakamkan gambar di kebanyakan kawasan di dalam galeri muzium. Tambahan pula, Cafe Blanket kini menerima tempahan selepas pukul 5 petang.
(*Pengunjung kafe memerlukan tiket yang berasingan untuk melawat galeri dan kedai.)
 
Sila melihat dengan lebih dekat kepada Muzium Snoopy Tokyo yang sentiasa berubah-ubah!
 
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201704211134/_prw_PI3fl_xZcOobFl.jpg)
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201704211134/_prw_PI4fl_lVKgNn7C.jpg)
 
(Foto3:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201704211134/_prw_PI5fl_1jhlJ8yf.jpg)
 
Lawatan Galeri bersama Karen Johnson, Pengarah bagi Muzium Charles M. Schulz dan Snoopy pada Jumaat, 21 April, 2017, hari untuk media bagi pameran memperingati ulang tahun pertama Muzium Snoopy Tokyo, Karen Johnson, Pengarah bagi Muzium Charles M. Schulz di mana Muzium Snoopy Tokyo berasal, ikuti lawatan pameran yang dibimbing dengan bantuan Snoopy. Ketika Karen menunjukkan kawasan sekitar dan menerangkan sebahagian daripada paparan yang disyorkan dengan penuh semangat dan kelucuan, Snoopy memulakan rentak dengan gerak-gerinya beliau yang menawan hati.
 
(Foto4:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201704211134/_prw_PI6fl_28nj3D8N.jpg)
 
(Foto5:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201704211134/_prw_PI7fl_2T9886we.jpg)
 
Garis kasar bagi Pameran Memperingati Ulang Tahun Pertama
"Peanuts Gang All Stars! -- Perkenalkan rakan anda kepada saya, Snoopy"
- Tempoh: Sabtu, 22 April, 2017 – Ahad, 24 September, 2017
  Tiada penutupan semasa tempoh pameran
- Masa: 10:00 - 20:00 (kemasukan sehingga 19:30)
- Lokasi: 5-6-20 Roppongi, Minato-ku, Tokyo
  7 minit berjalan kaki dari Stesen Roppongi Tokyo Metro, 10 minit berjalan kaki dari
  Stesen Azabu-Juban
 
(Rujukan: Bayaran kemasukan
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103782/201704211134/_prw_PI2fl_F737VEBw.png)
 
Laman web Rasmi Muzium Snoopy Tokyo: www.snoopymuseum.tokyo/en
Halaman Rasmi Facebook: https://www.facebook.com/snoopymuseumtokyo/
Akaun Rasmi Twitter: https://twitter.com/snoopy_m_tokyo
 
Kami meminta agar anda membenarkan kami untuk menyemak artikel untuk penerbitan.
Kredit berikut hendaklah dipaparkan:
(C) Peanuts Worldwide LLC (Singkatan: (C) Peanuts)
 
SUMBER: Muzium Snoopy Tokyo

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.