ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PENINGKATAN JENAMA: GERGASI AUTOMOBIL CHINA JAC MENGUMUMKAN STRATEGI PENJENAMAAN BAHARU YANG BERANI PADA PERSIDANGAN TAHUNAN

Tuesday 25/04/2017



SUZHOU, China, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Persidangan Pengedar Antarabangsa 2017, yang diadakan pada 16 hingga 19 April, JAC menegaskan semula rancangan mereka untuk membina sebuah jenama global yang mantap dengan melancar dan melaksanakan satu strategi peningkatan jenama baharu yang akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama: inovasi teknologi ke atas peningkatan produk, eksport, dan meningkatkan kerjasama di dalam industri automobil. An Jin, Pengerusi JAC, berkata, "Satu kejayaan tidak semestinya merupakan satu pengembangan perniagaan. Ia boleh jadi satu peningkatan jenama. Kejayaan JAC hanya dibuat apabila jenama JAC bersaing dengan jenama-jenama usaha sama Sino-asing."

Peningkatan Produk

Portfolio produk JAC adalah selaras dengan falsafah ‘Meningkatkan Kecekapan Tenaga, Teknologi Hijau dan keselamatan dengan Reka Bentuk Pintar.’ Dengan melabur di dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), JAC telah menguasai tiga teknologi utama di dalam bateri, motor elektrik dan kawalan elektrik. JAC telah menjual lebih 35,000 unit kenderaan tenaga baharu, dengan perbatuan pemanduan terkumpul lebih daripada 600 juta kilometer.

Barisan produk mewah JAC termasuk A60, trak tugas ringan siri N, dan bas persiaran BEST. Pada tahun 2017,  JAC merancang untuk membangunkan lebih banyak produk mewah, termasuk kenderaan penumpang ciptaan terbaik S7 SUV, bersama-sama dengan MPV M6 dan trak utiliti K7 untuk kegunaan komersial.

Meningkat dan Arah Keluar: Satu Strategi Global

Model perniagaan global JAC Motors terbukti berkesan sepanjang tahun 2016, dengan eksport mencakupi 8.2% daripada jumlah jualan – satu angka yang bakal meningkat kepada 10% pada tahun 2017. Pengerusi JAC An Jin berjanji untuk meningkatkan lagi angka ini kepada 20% pada tahun-tahun akan datang.

Dengan berpegang kepada satu strategi jualan yang memberi tumpuan kepada pasaran strategik, demografi utama dan keperluan pengguna, JAC kini mempunyai jumlah eksport yang kelima terbesar di dalam industri automobil, dengan barisan pemasangan dan kilang-kilang JAC di dalam pembinaan di Kazakhstan, Algeria, Iran, Vietnam dan Paraguay. Selepas usaha bertahun-tahun, JAC  akhirnya mendapat tempat bertapak di pasaran Amerika Selatan, dan kini bersedia untuk memasuki pasaran yang lebih tinggi, seperti Australia dan New Zealand.
 
Kerjasama adalah Kunci

Untuk mendapatkan lebih banyak kerjasama di dalam industri itu, JAC telah menandatangani satu perjanjian dengan NEXTEV pada April 2016, selain daripada satu memorandum kerjasama dengan Volkswagen China. Perkongsian di antara JAC Motors, yang mempunyai pengalaman yang kaya di dalam pasaran kenderaan elektrik tempatan, dan Volkswagen, yang mempunyai pengaruh jenama yang meluas, terbukti telah mencipta faedah bersama yang amat besar. An Jin menyatakan, "Ketika kami berharap untuk mengembangkan pembuatan kenderaan elektrik, pintu kami sentiasa terbuka untuk kerjasama yang lebih luas di dalam industri itu."

Maklumat mengenai JAC Motors

JAC Motors adalah sebuah pembuat kereta yang membangunkan kenderaan berjenama bebas berangkaian penuh termasuk trak ringan, sederhana dan berat, sedan, MPV, SRV, bas, casis, kejuruteraan jentera, enjin dan kotak gear. Berpangkalan di Hefei, China, pusat penyelidikan dan pembangunan syarikat itu memacukan inovasinya. JAC juga mengasaskan pusat penyelidikan dan pembangunan China yang pertama di luar negara di Turin Itali, dan yang kedua di Tokyo, Jepun.

Hubungi

JAC Motors
Crystal Feng, +86-551-62296885
jacmotors@jac.com.cn
http://jacen.jac.com.cn/showroom/s5.html
http://goal.jac.com.cn/

Sumber: JAC Motors

Lihat siaran berita secara dalam talian ini di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51541481&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.