ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  NTT DAN TELKOM INDONESIA LANCAR "INISIATIF INOVASI TELEKOM APAC (ATII)" UNTUK MEWUJUDKAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN BAHARU DI RANTAU ASIA PASIFIK BERDASARKAN KEPADA TEKNOLOGI INFRASTRUKTUR MAYA

Wednesday 19/04/2017



AsiaNet 68198

TOKYO, 18 April, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Nippon Telegraph dan Telephone Corporation (NTT) dan PT Telkom Indonesia (Persero) Tbk (Telkom Indonesia) telah mewujudkan "Inisiatif Inovasi Telekom APAC (ATII)" sebagai satu inisiatif pembangunan dan penyelidikan bersama pada 17 April dengan tujuan untuk mewujudkan perkhidmatan rangkaian baharu di rantau Asia Pasifik dengan satu pandangan selepas tahun 2020 yang memberi tumpuan kepada teknologi infrastruktur maya. Pelancaran ATII itu dihadiri oleh Tadashi Ito, Naib Presiden Kanan, Ketua bagi Kumpulan Makmal Rangkaian Maklumat NTT, NTT, dan Arief Mustain, Pengurus Besar Eksekutif (EGM) bagi Bahagian Perkhidmatan Digital, Telkom Indonesia, di Tokyo pada 17 April. Inisiatif itu akan membangunkan kajian teknikal dan bukti konsep (PoC) berhubung keperluan bagi perkhidmatan rangkaian baharu di dalam era virtualisasi, dan bertujuan untuk memperluaskan inisiatif ini bersama-sama dengan pelbagai rakan, termasuk pembekal perkhidmatan lain, yang berkongsi matlamat inisiatif itu.

Pada masa ini, penyedia perkhidmatan APAC berhadapan dengan beberapa isu biasa seperti kelestarian disebabkan oleh kejadian bencana alam (contohnya, gempa bumi dan taufan) dan permintaan/keperluan trafik yang unik disebabkan oleh taburan penduduk yang tidak sekata (pertumbuhan/hakisan penduduk) dengan geografi yang sama seperti negara-negara pulau di rantau APAC. Dengan mengambil kira perkara ini, ATII akan mencadangkan perkhidmatan dan teknologi baharu bagi rantau APAC. Tambahan pula, ATII akan mencuba untuk mempercepatkan inovasi dan mewujudkan pasaran baharu dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memberi manfaat kepada masyarakat dengan tumpuan kepada pembangunan mapan melalui kerjasama dan promosi dengan pelbagai rakan di rantau APAC agar dapat merealisasikan visi bagi pembekal perkhidmatan/negara APAC untuk membawa ekonomi dunia pada masa akan datang.

Dengan pertimbangan mengenai persekitaran pasaran APAC, kajian bersama teknikal dan PoC akan dijalankan dengan memberi tumpuan kepada ciri-ciri serta merta dan ketersediaan bagi teknologi infrastruktur virtualisasi untuk merealisasikan perkhidmatan rangkaian yang fleksibel dan cekap. Pada mulanya, tiga projek berikut telah ditubuhkan:
1) Perkhidmatan Rangkaian Nilai Ditambah yang Tinggi,
2) Virtualisasi Platform Server, dan
3) Virtualisasi Rangkaian akses yang Fleksibel.
 
ATII akan dengan segera memulakan kajian teknikal bersama dan mempunyai rancangan untuk menerbitkan kertas putih mengenai keperluan yang dikenal pasti, spesifikasi dan keputusan PoC. Selanjutnya, ATII akan berhubung dan berkongsi penemuan ini dengan organisasi membangunkan standard (SDO) yang berkaitan dan gabungan perindustrian untuk mengembang dan memajukan lagi aktiviti ATII.

ATII akhirnya berharap untuk melaksanakan ujian lapangan dengan pembekal perkhidmatan dan rakan yang mengambil bahagian di pasaran baru muncul yang akan membawa kepada perkhidmatan komersil letak atur berdasarkan kepada pengajaran yang diperolehi daripada kajian ATII dan PoC.
 
Maklumat mengenai NTT
Kumpulan NTT menyampaikan teknologi termaju dan penyelesaian yang berinovatif di dalam perangkaian, komunikasi, perisian dan pengkomputeran awan yang membantu mentransformasikan perniagaan, kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia. Kumpulan Makmal Rangkaian Maklumat NTT sedang menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi teknologi rangkaian untuk menyumbang kepada pembangunan sebuah platform masyarakat rangkaian maklumat yang dapat menghubungkan semua perkara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di http://www.ntt.co.jp/inlab/e/index.html

Maklumat mengenai Telkom Indonesia
Kumpulan Telkom adalah sebuah syarikat telekomunikasi milik kerajaan dan juga sebagai sebuah penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan rangkaian di Indonesia. Kumpulan Telkom memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh Indonesia dengan pelbagai jenis perkhidmatan telekomunikasi yang termasuk sambungan tetap talian berwayar dan sambungan tetap tanpa wayar, komunikasi mudah alih, perangkaian, dan perkhidmatan sambungan serta Internet dan perkhidmatan komunikasi data. Kumpulan Telkom juga menyediakan pelbagai perkhidmatan di dalam bidang maklumat, media dan didik hibur, termasuk perkhidmatan terurus berasaskan pelayan dan berasaskan awan, perkhidmatan e-pembayaran dan pemboleh IT, e-dagang dan perkhidmatan portal yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di http://www.telkom.co.id/en/
 
SUMBER: Nippon Telegraph dan Telephone Corporation
                PT Telkom Indonesia (Persero) Tbk

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.