Jun 20, 2025 -Jumaat

 
  CORETEL NETWORKS MENJADI RAKAN PERKHIDMATAN ICT TERURUS NTT COM YANG PERTAMA DI ASIA

Thursday 06/04/2017



TOKYO, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) – NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TYO: 9432), dan CoreTel Networks (CoreTel) sebuah Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) berpangkalan di Asia yang sedang pesat berkembang yang berpejabat di Singapura, mengumumkan satu permulaan perkongsian kerjasama yang akan membolehkan CoreTel sebagai rakan kongsi pertama Global Management One (GMOne) untuk menyediakan perkhidmatan terurus NTT Com kepada pelanggan mereka. Kedua-dua buah syarikat percaya bahawa perkongsian ini akan mengembangkan lagi peluang-peluang bersama di rantau itu.

Global Management One – liputan global dengan sentuhan tempatan

Sebagai sebahagian daripada perhubungan baharu ini, CoreTel menjadi sebuah Rakan Saluran Pilihan yang pertama yang dibenarkan untuk menjual semula perkhidmatan terurus GMOne dan mengintegrasikan mereka dengan perkhidmatannya. CoreTel, dengan memerhatikan perubahan pasaran baru-baru ini memperakui peningkatan peluang bagi perkhidmatan terurus untuk e-perniagaan dan pelanggan permainan dalam talian mereka. Industri E-perniagaan, di mana persekitaran IT yang boleh dipercayai dan tidak terganggu adalah satu misi kritikal, memerlukan sokongan yang sangat disesuaikan dan rakan kongsi yang boleh dipercayai. CoreTel dengan pengetahuan dan pengalamannya mengenai industri yang khusus akan memperluaskan penawaran standardnya bagi jalur lebar, keselamatan, perkhidmatan infrastruktur oleh perkhidmatan terurus automatik untuk menjadi pusat sehenti yang sebenarnya dengan sebuah pengkhususan industri dan liputan serantau.

CoreTel, dengan menjadi rakan kongsi GMOne boleh mendapat manfaat daripada sebuah spektrum yang luas bagi sokongan rakan termasuk peranti jualan dan alat pemasaran. Mereka juga akan menerima latihan pensijilan khusus mengenai perkhidmatan terurus GMOne yang merupakan satu elemen penting bagi Akademi GMOne. Akademi GMOne adalah satu program pendidikan khusus bagi Rakan-rakan di mana jualan dan prajualan boleh menerima pengetahuan yang penting mengenai perkhidmatan, proses jualan dan pandangan pasaran GMOne.

Di bawah perjanjian kerjasama ini CoreTel akan menyediakan perkhidmatan perundingan meliputi reka bentuk rangkaian, penggunaan dan pengoptimuman, manakala NTT Com akan menyediakan perkhidmatan operasi terurus sepenuhnya hujung-ke-akhir untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan. NTT Com akan juga memastikan pengurusan yang berkesan bagi persekitaran pelbagai vendor, yang membawa kepada mengoptimumkan perbelanjaan operasi dan memaksimumkan kecekapan skala, dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti keseluruhan rangkaian. Suit lengkap bagi perkhidmatan terurus akan dihantar melalui Meja Perkhidmatan Global yang terletak di 5 buah negara di seluruh dunia dan aktiviti operasi lapangan CoreTel tersebar di seluruh rantau itu.

Asia sebagai sebuah pasaran yang semakin meningkat untuk peluang-peluang perkhidmatan terurus

Pasaran global bagi perkhidmatan ICT terurus sedang berkembang pesat. Pengambilan di Asia Pasifik masih di peringkat yang agak awal, tetapi ia adalah pasaran yang paling pesat berkembang, yang mencerminkan pengembangan ekonomi di rantau itu. Singapura, sebagai sebuah hab di antara Barat dan Asia, dengan kira-kira 7,000 syarikat multinasional yang beroperasi di sana, termasuk banyak ibu pejabat serantau, adalah satu daripada pasaran yang paling canggih untuk perkhidmatan terurus di Asia Tenggara.

Di peringkat permulaan, CoreTel akan menangani dengan GMOne pelanggan sekarang dan baharu mereka yang berpangkalan di Singapura. Melangkah ke hadapan, dengan memaksimumkan kehadirannya di rantau itu CoreTel akan mengembangkan lagi kehadiran GMOne ke negara-negara lain di mana permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan terurus automatik wujud di kalangan syarikat yang ingin mengembang dan meningkatkan perniagaan mereka.

Maklumat mengenai perkhidmatan terurus Global Management One

GMOne sebagai sebuah perkhidmatan global Pengurusan Infrastruktur Jauh (RIM), melalui server pemantauan khusus, memantau persekitaran pelbagai vendor yang kompleks. Lebih 400 jurutera yang berkemahiran tinggi dan disahkan di dalam hampir 100 teknologi dan lebih 2500 profesional perkhidmatan, boleh mengasingkan dan menyelesaikan masalah kejadian dari jauh, dan juga memenuhi perubahan permintaan pelanggan. Platform global tunggal menyambungkan pelbagai pusat penghantaran yang berlebihan yang dipanggil Meja Perkhidmatan Global di seluruh rantau APAC dan di seluruh dunia dan menyokong pelanggan-pelanggan global yang merupakan fokus utama bagi  GMOne, dalam 10 bahasa.

Dengan sokongan penuh daripada pengurusan atasan

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan CoreTel," kata Shigeru Kitabatake, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Terurus di NTT Com. "Pasaran perkhidmatan terurus di Asia sedang pesat berkembang dan kami percaya bahawa perkongsian ini amat sesuai bagi pelanggan yang mencari perkhidmatan terurus global dan sebuah rakan kongsi yang berdedikasi yang boleh menawarkan bukan sahaja perkhidmatan perundingan tetapi juga sokongan tempatan yang ditempah khas."

Angela Ng, Pengarah Urusan CoreTel berkata: "Kami sama-sama berbangga kerana dipilih sebagai rakan kongsi pertama NTT Com bagi perkhidmatan terurus GMOne. Perkongsian global ini pasti melengkapi dan membawa sinergi ke dalam model perniagaan CoreTel. Kami dapat memperluaskan lagi kehadiran kami di peringkat serantau dan terus meningkatkan pengalaman pelanggan kami bersabit dengan sebuah perkhidmatan yang ditempah dan disesuaikan untuk mereka."

Taichi Hiramatsu, Naib Presiden bagi Perkhidmatan Terurus di NTT Com menjelaskan bahawa: "kami yakin bahawa menyediakan perkhidmatan terurus GMOne kami melalui rakan-rakan saluran akan membolehkan kami untuk mewujudkan satu nilai saranan yang unik yang datang daripada kekuatan, pengetahuan khusus dan pengalaman kedua-dua pihak ."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Rakan GMOne sila layari: http://www.ntt.com/en/partnerprogram/gmone 

Maklumat mengenai CoreTel Networks

CoreTel adalah sebuah Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) yang berpusat di Asia, dengan ibu pejabat dan operasinya berpangkalan di Singapura. CoreTel mempunyai capaian yang luas di peringkat antarabangsa dan di seluruh Asia. Syarikat itu terletak di kawasan yang pakar di dalam e-perniagaan dan permainan dalam talian dan boleh menyokong pelanggan yang mempunyai operasi dan keperluan perniagaan tertentu di dalam industri-industri ini. CoreTel adalah pakar di dalam penyediaan sebuah rangkaian pelbagai rakan yang dijamin selamat. Platform Internet proprietari syarikat itu memastikan pelanggan mereka boleh berhubungan dengan mereka untuk menikmati kelebihan keupayaan laluan jalur lebar bersama dan/atau langkah-langkah perlindungan rangkaian.

www.coretelnet.com 

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Hubungi
Hubungan Media:
NTT Communications
Cik Aga Szczesniak
gmone_partners@ntt.com
 
Sumber: NTT Communications
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170405005068/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.