Jun 20, 2025 -Jumaat

 
  TOSHIBA LANCAR 8TB HDD BERKAPASITI PERUSAHAAN

Thursday 06/04/2017



Menambahkan model berkapasiti besar sehingga barisan antara muka SATA 3.5 inci
 
TOKYO, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan penambahan sebuah model 8TB[1] SATA kepada siri MG05 mereka untuk faktor bentuk 3.5-inci[2], kelas berkapasiti perusahaan bagi pemacu cakera keras (HDD). Penghantaran bermula dari hari ini.
 
Bersama-sama dengan pengembangan IoT (Internet Untuk Segala-galanya) dan penyebaran perkhidmatan awan, jumlah data yang dijana dan dikumpulkan terus meningkat, dan HDD yang berkapasiti lebih tinggi dan berprestasi lebih tinggi sentiasa diperlukan di pusat-pusat data awan dan sistem simpanan mereka.

Bagi memenuhi keperluan ini, model 8TB yang baharu itu menawarkan satu peningkatan kira-kira 33% di dalam kapasiti maksimum berbanding dengan 6TB bagi siri MG04 sebelum ini. Ia juga menyampaikan peningkatan kira-kira 12%[3] di dalam kadar data yang berterusan kepada 230MiB/s dan peningkatan kira-kira 42%[4] di dalam MTTF[5] kepada 2,000,000 jam. Peningkatan ini di dalam kapasiti, kelajuan dan kebolehpercayaan boleh menyumbang kepada pengurangan TCO (Jumlah Kos bagi Pemilikan) bagi sistem itu.

HDD baharu itu menyokong kedua-dua teknologi natif 4K berstandard industri dan emulasi 512 (512e) sektor format termaju, untuk digunakan di dalam server dan sistem penyimpanan generasi terkini, dan juga sesuai bagi aplikasi legasi yang memerlukan 512 panjang sektor yang menggunakan persekitaran tulisan sebaris.

Laporan[6] pasaran IDC terkini mengenalpasti Toshiba sebagai vendor HDD yang paling pesat berkembang pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015, sebagaimana yang diukur oleh pendapatan dan unit. Perkara yang sama juga mendapati bahawa Toshiba mempunyai bahagian pasaran sebanyak 24% pada suku keempat tahun 2016 sebagaimana yang diukur oleh unit.

Pada Februari 2017, volum pengeluaran terkumpul Toshiba bagi HDD perusahaan untuk penyimpanan data jenis pertengahan melebihi 10,000,000 unit. Toshiba akan terus membangun dan menawarkan produk-produk yang memenuhi permintaan pelanggan.

Nota
 
[1] Definisi kapasiti: Toshiba mentakrifkan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengoperasian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 bagi takrif 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan  kapasiti simpanan yang kurang. Kapasiti simpanan yang sedia ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza mengikut saiz fail, format, tetapan, perisian dan sistem pengoperasian, seperti Sistem Pengoperasian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti format sebenar mungkin berbeza.
[2] "3.5 inci" bermaksud faktor bentuk bagi HDD. Mereka tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu itu.
[3] Perbandingan di antara siri MG04: 205MiB/s dan siri MG05: 230MiB/s
[4] Perbandingan di antara siri MG04: 1.4M jam dan siri MG05: 2M jam
[5] MTTF (Masa Min untuk Kegagalan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah satu nilai statistik yang berkaitan dengan kadar kegagalan min bagi sebilangan besar produk yang mungkin tidak menggambarkan dengan tepat operasi sebenar. Jangka hayat sebenar bagi produk itu mungkin berbeza daripada MTTF itu.
[6] Vendor HDD yang paling pesat berkembang pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015 sebagaimana yang diukur oleh pendapatan dan unit berdasarkan kepada Keputusan Penghantaran IDC Worldwide Suku Keempat 2016 HDD dan Kemaskini Ramalan Suku Keempat (Feb 2017 - Doc #US42306617)
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan HDD perusahaan Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/enterprise-hdd.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Penyimpanan Produk
Tel: +81-3-3457-2445
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang menyokong masyarakat bermaklumat terkini. Dipandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup di dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51536761&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170405006434/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.