ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​CP KELCO TAMBAH KAPASITI PENGELUARAN GAM GELAN KELCOGEL(R)

Thursday 30/03/2017



Pengeluar Gam Gelan Terkemuka Bertindak Balas Kepada Permintaan Pasaran yang Semakin Meningkat

ATLANTA, 30 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CP Kelco, iaitu pengeluar penyelesaian hidrokoloid yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan penyempurnaan kapasiti baharu di loji Okmulgee, Oklahoma untuk pengeluaran gam gelan KELCOGEL®. Pengembangan kapasiti gam galen ini membolehkan syarikat bertindak balas kepada permintaan pasaran yang semakin meningkat untuk barisan produk berprestasi tinggi ini yang digunakan dalam pelbagai industri makanan, minuman dan penggunaan lain.

“Sebagai pengeluar dan pembangun inovasi gam gelan yang terkemuka di dunia, CP Kelco komited untuk menyumbang kepada industri sebagai pembekal lestari bagi bahan yang berbilang fungsi dan serba guna ini buat jangka masa yang panjang,” kata Don Rubright, Presiden CP Kelco. “Kami telah melabur dalam kapasiti pengeluaran gam gelan yang dikembangkan ini bagi mencapai komitmen ini.” 

Sehingga kini, kemudahan CP Kelco di San Diego, California merupakan sumber utama gam gelan KELCOGEL. “Produk gam gelan kami dari Okmulgee sepadan dengan kualiti dan prestasi fungsi produk dari kemudahan San Diego kami, berdasarkan protokol pembuatan dan kualiti kami,” kata Shaw Gilmer, Pengarah Kanan, Bahagian Biogums Platform di CP Kelco. “Kami sedia bekerjasama dengan pelanggan kami demi memastikan proses kelayakan yang lancar.” 

Dengan berpandukan fokus pelanggan yang kuat, kepakaran teknikal yang mendalam dan piawai sistem pengurusan keselamatan kualiti dan makanan yang tertinggi, CP Kelco telah melengkapkan pengujian produk yang menyeluruh dan pengesahan produk gam gelan dari tapak Okmulgee. Pelanggan CP Kelco telah mula menerima sampel produk baharu untuk percubaan, dan penggunaan penuh kapasiti pengeluaran gam gelan baharu dijangkakan bermula pada bulan April 2017.

Mengenai Gam Gelan KELCOGEL® 
CP Kelco memperkenalkan gam gelan KELCOGEL kepada industri gam sejak hampir-hampir 30 tahun yang lalu. Kami mempunyai banyak pengalaman dengan bahan serba guna dan berprestasi tinggi ini dalam penggunaan bidang-bidang yang merangkumi makanan dan minuman sehinggalah penjagaan peribadi dan farmaseutikal. Gam gelan boleh digunakan pada tahap yang rendah dalam pelbagai produk yang memerlukan pengegelan, pengteksturan, penstabilan, penggantungan, pembentukan lampiran dan pengstrukturan. 

Mengenai CP Kelco
Dengan ibu pejabat di Atlanta, Georgia, USA, dan sebahagian daripada J.M. Huber Corporation, CP Kelco ialah pengeluar terkemuka hidrokoloid dengan pejabat dan kemudahan di seluruh dunia. Dengan rangkaian penyelesaian hidrokoloidnya yang meluas dan operasinya di lebih daripada 100 buah negara, CP Kelco memanfaatkan keupayaannya untuk membawakan konsep dan idea kepada produk dunia sebenar dalam pelbagai jenis penggunaan. Bahan istimewa syarikat meliputi pelbagai jenis pengguna dan produk seisi rumah serta penggunaan perindustrian, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna serantau. Barisan produk utama ialah Gam GelanPektinGam XantanGam SelulosaKaragenan, Gam Diutan dan Microparticulated Whey Protein Concentrate, serta biopolimer unik yang lain. Sila lawati www.cpkelco.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

SUMBER : CP Kelco U.S., Inc.

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Michele Cacdac-Jones
Pengarah Komunikasi Global
Pejabat: +1 678 247 7149
Mudah Alih: +1 770 743 0564
michele.cacdac-jones@cpkelco.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.