ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  INVIVOSCRIBE MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN KEPADA TUMOR PADU DENGAN ASAI DAN PERKHIDMATAN UNTUK KENAL PASTI DAN PANTAU CAR-T DAN TERAPI IMUNOLOGI TCR

Thursday 30/03/2017



SAN DIEGO, March 30 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe® Technologies Inc., iaitu sebuah syarikat global dengan pengalamannya yang bertahun-tahun dalam penyediaan penyelesaian ujian kebolehklonan dan biopenanda bidang onkologi yang terpiawai antarabangsa, personalized molecular diagnostics® (diagnosis molekular tersuai) dan personalized molecular medicine® (perubatan molekular tersuai), melaporkan bahawa kit Asai LymphoTrack® penjujukan generasi mendatangnya sedang digunakan oleh makmal klinikal LabPMM®, rakan kongsi farmaseutikal, dan pusat kanser untuk mengenal pasti dan memantau sel T reseptor antigen chimera (CAR-T) dan menghasilkan reseptor sel T dalam darah periferal subjek bagi menyokong pembangunan ubat-ubatan terapeutik imunologi dan pembangunan regimen rawatan untuk tumor hematologi dan padu.

Imunoterapi merupakan salah satu bidang perubatan kejituan baru yang paling menarik. Konsep bidang yang sedang berkembang pesat ini adalah dengan menggunakan sistem imun pesakit itu sendiri untuk memantau, menyasar dan menghapuskan sel kanser. Beberapa kaedah terapi imunologi telah menunjukkan nilai klinikal yang berpotensi. Untuk menunjukkan keberkesanan klinikal dan mempercepatkan terapi baharu ini dalam proses agensi kawal selia, ujian yang tepat dan terpiawai perlu digunakan untuk mengukur dan memantau binaan biokejuruteraan ini. Para pemegang syer yang terkemuka telah menggunakan asai terpiawai antarabangsa Invivoscribe untuk memenuhi keperluan ini.

Beberapa Asai LymphoTrack Invivoscribe, yang diformatkan untuk penggunaan pada platform Illumina MiSeq® dan Thermo Fisher Ion PGM, telah direka untuk mengesan susunan gen somatik dalam lokus reseptor antigen. Asai ini juga mengecam elemen tersimpan dalam binaan terapi imunologi CAR-T dan TCR yang dibina dengan biokejuruteraan, lalu membuatkannya sebagai pilihan yang teguh untuk tujuan dwiguna: (1) mengenal pasti dan memantau binaan terapeutik imunologi dalam darah periferal dan (2) mengenal pasti dan memantau klonotip yang berkaitan dengan populasi sel B dan T yang malignan. Kedua-dua keupayaan boleh dicapai serentak menggunakan reagen, perisian bioinformatik dan aliran kerja yang sama.

Selepas dikenal pasti, binaan dan klon malignan ini boleh dijejaki sehingga tahap sensitiviti sebanyak 1 sel dalam sejuta (10-6). Ujian boleh dijalankan sama ada di makmal LabPMM atau di kemudahan penyiasat itu sendiri, dengan analisis bioinformatik dijalankan pada komputer milik pelanggan, bagi memastikan masa pemulangan yang cepat serta perlindungan data.

"Asai kebolehklonan LymphoTrack yang terpiawai antarabangsa dan berdasarkan NGS dengan perisian bioinformatik kami membentuk penyelesaian yang menyeluruh untuk menyokong makmal dan syarikat farmaseutikal yang membangunkan ubat-ubatan dan terapi imunologi baharu. Capaian kepada alat yang berkeupayaan tinggi ini akan memendekkan proses penyediaan ubat-ubatan dan terapi imunologi kepada pesakit.

Yang sama pentingnya, hasil daripada asai terpiawai menjanakan keputusan yang lebih boleh diulang dan boleh dipercayai, lalu membawa kepada rawatan yang lebih baik dan tepat. Rawatan yang ditambah baik ini akan mengubah industri dan memberikan faedah yang besar kepada pesakit dan kepada bidang-bidang diagnosis molekular tersuai dan perubatan kejituan,” kata Dr. Jeffrey Miller, Pengasas, CSO & CEO Invivoscribe.

“Bilangan asai kami dan perisian bioinformatik yang berkaitannya sedang digunakan oleh pusat kanser dan rakan kongsi farmaseutikal yang terkemuka bagi menyokong usaha pengoptimuman rawatan untuk pesakit, dan untuk menyusun, memasukkan dan menjejaki MRD dalam pesakit yang memasuki fasa II dan fasa III kajian klinikal antarabangsa. Visi kami adalah untuk menambah baik penjagaan pesakit dengan membuatkan produk ini boleh dicapai oleh rakan kongsi dan pelanggan kami.”

Mengenai Invivoscribe

Invivoscribe® Technologies Inc. ialah syarikat bioteknologi milik swasta yang berdedikasi untuk menambah baik kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian dan alat bioinformatik yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan terkini bagi memajukan bidang personalized molecular diagnostics® (diagnosis molekular tersuai) dan personalized molecular medicine® (perubatan molekular tersuai). Invivoscribe bersijil ISO 13485 dan menyediakan reagen berdasarkan PCR dan NGS yang dikeluarkan dalam kemudahan yang berdaftar dengan FDA. Reagennya merangkumi kit ujian RUO dan IVD bertanda CE, termasuk IdentiClone® dan Asai Dx LymphoTrack® dengan Perisian Dx LymphoTrack®. Asai Dx LymphoTrack adalah berciri CE-IVD untuk kebolehklonan dan pengujian hipermutasi somatik IGHV serta tidak tersedia untuk jualan atau penggunaan di Amerika Utara. Asai LymphoTrack dan penggunaan MRD dan terapeutik imunologi adalah untuk kegunaan kajian sahaja. Bukan untuk kegunaan dalam prosedur diagnosis - Pengesahan AS masih berlangsung. Invivoscribe juga menawarkan MyAML®, MyHEME®, MyMRD®, dan perkhidmatan panel gen tersuai. Apabila digunakan bersama dengan Perisian MyInformatics® milik Invivoscribe, asai ini mengenal pasti dan boleh menjejak mutasi pemacu utama dan juga seni bina subklon serta kewujudan mutasi pemacu baharu dalam pesakit dengan penyakit hematologi. Makmal klinikal Invivoscribe di AS, Eropah dan Jepun menyediakan capaian antarabangsa kepada CLIA terharmoni, CAP, dan pengujian klinikal bertauliah ISO 15189 dan perkhidmatan organisasi penyelidikan kontrak (CRO). Perkhidmatan dan reagen Invivoscribe kini digunakan dalam lebih daripada 650 makmal klinikal dan penyelidikan di 65 buah negara. Invivoscribe mementingkan nilai sistem kualiti sejak dahulu lagi, dengan membangunkan semua produk, termasuk perisian bioinformatik, dengan mematuhi kawalan reka bentuk ISO 13485. Model ini membuatkan asai layak untuk dibeli oleh pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia. Syarikat ini kini mempunyai kerjasama diagnosis iringan yang berterusan dengan Novartis dan Astellas Pharma, Inc. dan dijangka akan mengumumkan kolaborasi tambahan pada tahun 2017. Maklumat tambahan boleh didapati di www.invivoscribe.com.


MAKLUMAT HUBUNGAN:
Kevin Dobyns
858-224-6600


SUMBER : Invivoscribe, Inc.


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.