ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PENGAWAL ATUR IC BAHARU TOSHIBA BAGI SISTEM AUDIO KERETA MENGENDALIKAN KESEMUA KEPERLUAN KUASA

Wednesday 29/03/2017



- Mengintegrasikan pengawal atur bersiri dan fungsi pengesanan untuk audio kereta -

TOKYO, 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TCB010FNG," sebuah pengawal atur sistem IC yang direka untuk mengendalikan sistem audio kereta yang semakin canggih, dan yang menggabungkan bekalan kuasa yang diperlukan serta kesemua fungsi pengesanan yang diperlukan. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada bulan Jun.

TCB010FNG menggabungkan satu bekalan kuasa untuk sebuah mikropengawal yang mengekalkan kuasa untuk masa yang lebih daripada mencukupi bagi sebarang kehilangan kuasa bateri untuk jangka pendek, pelbagai bekalan kuasa yang berubah-ubah, ditambah dengan bekalan kuasa tetap. Ia juga menggabungkan beberapa fungsi pengesanan, seperti pengesanan voltan ACC dan pengesanan voltan kuasa aksesori, sekali gus menjadikannya satu penyelesaian cip tunggal yang meliputi kesemua keperluan kuasa bagi sistem audio kereta.

Sebagai satu lagi kelebihan, IC itu dikonfigurasikan dengan pengawal atur bersiri, yang membolehkan pengguna untuk mereka bentuk satu sistem tanpa kebimbangan bagi impak sinaran yang tidak perlu.
 
Spesifikasi Utama
Nombor Bahagian TCB010FNG
VDD 3 saluran (3.3V 300mA, 5V 200mA, 3.3V 1.3A)
ILM 2 saluran (4.5V-8.5V 400mA, 5V-8.5V 2A)
Julat Voltan Operasi 4.9V-18V (tanggungan output)
Fungsi 
  • 2 saluran suis bahagian tinggi dimasukkan
  • Pengesanan voltan ACC (ambang berubah-ubah)
  • Fungsi pengesanan voltan aksesori (ambang berubah-ubah)
  • Fungsi pengesanan voltan output mikropengawal (julat denyut output berubah-ubah)
  • Pengesanan kawalan Senyap AMP IC (julat denyut output berubah-ubah)
  • Fungsi sandaran output bagi mikropengawal
Pakej P-HSSOP36-1116-0.65
Harga Sampel (termasuk cukai) 600 yen
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TCB010FNG&region=apc&lang=en 

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Mixed Signal IC & Pemasaran
Tel: +81-44-548-2826
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51533024&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20170328006623/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.