ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK: INSTITUSI PERBANKAN PERTAMA LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

Sunday 26/02/2017


Majlis menandatangani ikrar telah disempurnakan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank sambil disaksikan oleh Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Ketua Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)



AYER KEROH, 26 Feb (Bernama) -- Agrobank hari ini meneruskan komitmen ke arah membudayakan integriti dalam organisasi dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Majlis menandatangani ikrar tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank sambil disaksikan oleh Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Ketua Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis tersebut telah diadakan bersempena Konvensyen Pengurus Agrobank 2017 di Melaka. 

Selepas majlis menandatangani, seramai 257 orang pegawai tertinggi Agrobank termasuk Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Wilayah, Ketua Jabatan dan Pengurus Cawangan dari seluruh Malaysia melafaz ikrar yang diketuai oleh Encik Mad Yusof Yazid, Ketua Pegawai Perkhidmatan Agrobank. Turut hadir di majlis tersebut adalah barisan pengurusan tertinggi Agrobank dan juga pegawai SPRM.

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, IBR adalah lanjutan daripada inisiatif Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang dilaksanakan September 2014. Inisiatif ini menyaksikan Agrobank menjadi institusi perbankan pertama di Malaysia yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang merupakan inisiatif terbaharu dari  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi lagi, ikrar ini membuktikan komitmen jitu Agrobank untuk menggalakkan nilai-nilai integriti dan tadbir urus yang baik ke arah merealisasikan misi dan visi Agrobank. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Agrobank untuk memupuk nilai-nilai murni dalam menjadikan Agrobank sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi; cekap, mesra, bertanggungjawab, amanah dan berintegriti.

“Saya berharap warga kerja Agrobank akan terus meletakkan agenda peningkatan integriti sebagai keutamaan dalam menjalankan tugasan mereka. 

Dato’ Shamshun Baharin turut memuji komitmen Agrobank untuk menjadi sebuah organisasi bebas rasuah. Dalam ucapannya, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Agrobank kerana menjadi bank pertama di Malaysia yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah. Menurut beliau lagi, komitmen Agrobank dalam melaksanakan ‘Ikrar Bebas Rasuah’ ini juga turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata malah merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi bersama oleh seluruh lapisan masyarakat.
 
Mengenai Agrobank
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian Negara. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). 
 
Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil memperkasakan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang komprehensif bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna 
 
Dengan 47 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 187 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan. 
 
Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.

Sumber : Agrobank 
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ainul Rofidza Ibrahim 
Tel : 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-225 8210

Nama : Syuhada Abdul Rais
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.