|
|
|
|
|
|
ZURICH TAKAFUL MALAYSIA TAWAR PERLINDUNGAN MAMPU MILIK DENGAN PELAN TERBARU, 'TAKAFUL SENIORGOLD'
Thursday 23/02/2017
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) baru-baru ini telah melancarkan Takaful SeniorGold, pelan takaful keluarga yang direka untuk menawarkan perlindungan berharga kepada mereka yang berusia dari 50 – 80 tahun dengan caruman dari serendah RM50 sebulan.
"Di Zurich, kami berhasrat membantu para pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Kehidupan setelah persaraan seringkali ditempuh dengan pelbagai cabaran termasuk pengurangan atau kehilangan pendapatan tetap yang ketara, kerana itu, kami prihatin terhadap keperluan untuk menawarkan penyelesaian takaful mampu milik bagi membantu para pesara dan juga orang dewasa yang mempunyai ibu bapa bersara menangani risiko kewangan akibat kejadian yang tidak diduga. Takaful SeniorGold menawarkan para pelanggan ketenangan fikiran supaya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan,” kata Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif, ZTMB.
Takaful SeniorGold adalah pelan takaful keluarga caruman lazim yang menawarkan pendaftaran mudah kerana tiada taja jamin perubatan peserta diperlukan sebelum membeli pelan ini. Ciri-ciri dan manfaat utama Takaful SeniorGold termasuk:
-Perlindungan boleh diperbaharui sehingga usia 90 tahun Peserta boleh memperbaharui pelan perlindungan sehingga usia 90 tahun.
-Caruman Mampu Milik Peserta boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan takaful pada harga RM50 seunit, sehingga maksimum 10 unit.
-Sehingga 5 (lima) kali Jumlah Asas Dilindungi untuk Kematian Akibat Kemalangan Bergantung kepada umur tercapai peserta, bayaran kematian akibat kemalangan adalah sehingga 5 (lima) kali daripada jumlah asas dilindungi sijil tersebut.
- Manfaat Matang Apabila sijil ini matang, peserta akan menerima Nilai Akaun Pelaburan di bawah sijil ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful SeniorGold, para pelanggan boleh menghubungi perunding khidmat atau Pusat Panggilan ZTMB di 03-6287 6666 atau layari www.zurich-takaful.com.my
Zurich Insurance Group (Zurich) merupakan penyedia pelbagai insurans utama yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pasaran antarabangsa mahupun tempatan. Dengan kira-kira 54,000 orang kakitangan, Zurich menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan hartanah, kasualti serta insurans hayat yang meluas di lebih daripada 210 buah negara dan wilayah. Pelanggan-pelanggan Zurich merangkumi individu, perniagaan kecil sederhana mahupun besar serta syarikat-syarikat multinasional. Kumpulan ini beribu pejabat di Zurich, Switzerland dan telah diasaskan pada tahun 1872. Syarikat pegangannya, Zurich Insurance Group Ltd (ZURN), disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan bertaraf tahap I program Resit Depositari Amerika yang didagangkan menerusi kaunter pada OTCQX. Maklumat lanjut mengenai Zurich boleh diperolehi di www.zurich.com
Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) merupakan salah sebuah syarikat Takaful terkemuka di Malaysia. Ia merupakan ahli Zurich Insurance Group (Zurich) dan penyedia tunggal produk Takaful untuk Zurich. Dengan kepakaran pasaran takaful selama sembilan (9) tahun serta rangkaian penyelesaian produk Takaful Keluarga dan Am yang meluas, ZTMB mampu memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.1 juta pemegang sijil di seluruh negara. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful Berhad. Zurich mempunyai kedudukan unik dalam pasaran insurans di Malaysia di mana ia juga menawarkan pelbagai penyelesaian insurans konvensional merangkumi Insurans Hayat dan Am melalui syarikat sekutu, Zurich Insurance Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai Zurich Takaful di Malaysia, layari www.zurich-takaful.com.my
SUMBER : Zurich Takaful Malaysia Berhad (dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful Berhad)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI : Zurich Takaful Malaysia Berhad
Nama : Haslinda Mohd Saleh Tel : 03 – 6287 6466 Fax : 03 – 6259 0088 Emel : haslinda.mohd.saleh@zurich.com.my Nama : Alexandra Lee Abraham Tel : 03 – 21468957 Fax : 03 – 21432124 Emel : alexandra.lee@zurich.com.my Nama : Fazrah Fadzil Khan Tel : 03 – 21468499 Fax : 03 – 21432124 Emel : fazrah.fadzil@zurich.com.my ROOTS PR Sdn Bhd
Nama : Charmaine Goh H/P : 017 – 880 6829 Tel : 03 – 7494 0292 Emel : charmaine.goh@rootsasia.com Nama : Jacqueline Khoo H/P : 016 – 453 8183 Tel : 03 – 7494 0292 Emel : jacqueline.khoo@rootsasia.com
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|