ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  JEPUN MELIHAT PELAWAT KE DALAM NEGARA MENCECAH 24.04 JUTA PADA TAHUN 2016, MENANDAKAN PENCAPAIAN TERTINGGI UNTUK TEMPOH TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT DAN PERTUMBUHAN KETARA 2.4 KALI GANDA SEPANJANG TIGA TAHUN

Thursday 23/02/2017

AsiaNet 67488

TOKYO, 23 Feb., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Ke arah Matlamat Mengalu-alukan 40 Juta Pelawat ke Dalam Negara menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 –

- Lebih 14,000 Video/ Gambar Kini Boleh Diperolehi secara Percuma untuk dimuat turun di laman web Pusat Media Dalam Talian Jepun (https://jomc.jnto.go.jp/), dengan Menyediakan Kandungan yang boleh dimuat turun secara Percuma mengenai Pelancongan di Jepun -

Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) mengumumkan pada bulan lalu bahawa bilangan pelawat ke Jepun pada tahun 2016 adalah 24.04 juta orang. Ini melambangkan jumlah terbesar dalam rekod sejak JNTO mula menyimpan perangkaan pada tahun 1964. Sepanjang tiga tahun lepas, jumlah pengunjung telah meningkat 2.4 kali ganda. Menyumbang kepada pertumbuhan yang ketara ini adalah persidangan dan acara bertaraf antarabangsa yang diadakan di Jepun serta aktiviti-aktiviti promosi yang berterusan untuk menarik pelancong.

Sila mendaftar sebagai seorang ahli.
PUSAT MEDIA Dalam Talian JEPUN: https://jomc.jnto.go.jp/
 
Foto 1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103968/201702229077/_prw_PI1fl_184M01XA.jpg
 
JNTO melancarkan Pusat Media Dalam Talian Jepun (JOMC) pada Ogos tahun lepas (https://jomc.jnto.go.jp/) sebagai satu platform untuk membantu media luar negara mempromosikan tarikan pelancongan Jepun bagi menarik pengunjung ke Jepun. Melalui JOMC, ahli-ahli berdaftar mempunyai akses kepada lebih 14,000 video dan gambar yang dimuat turun secara percuma. Ini telah dipermudahkan untuk diperolehi bagi digunakan di dalam menyampaikan tarikan-tarikan di Jepun, termasuk sumber pelancongannya, gambaran daripada empat musim, masakan, dan budaya tradisional di seluruh Jepun.
 
Sorotan Pusat Media Dalam Talian Jepun (https://jomc.jnto.go.jp/)
 
- Kandungan yang kaya termasuk kira-kira 1,700 video dan 12,500 gambar
- Pelbagai kandungan untuk menyampaikan keindahan dan daya tarikan Jepun,   termasuk tempat-tempat menarik dan landskap semula jadi yang terkenal, dan juga masakan dan perayaan tempatan
- Video beresolusi tinggi (HD) yang tersedia untuk tontonan dan dimuat turun dengan mudah dan pantas

Dengan permintaan bagi pelancongan semakin berkembang, dan sebagai negara tuan rumah bagi Piala Dunia Ragbi 2019 dan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun semakin menikmati peningkatan di dalam pemerhatian antarabangsa. JNTO akan terus menambahkan kandungan dan memperkayakan laman web JOMC itu. Sila mendaftar sebagai ahli dan gunakan bahan-bahan di dalam penerbitan program TV/berita untuk menyampaikan keindahan Jepun dan ciri-ciri Jepun di dalam media dalam talian, akhbar dan majalah.
 
Sampel
Foto 2: Tokong Motonosumiinari-jinja / Yamaguchi prefiks
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103968/201702229077/_prw_PI2fl_UmtyV18V.jpg
 
Foto 3: Festival Aomori Nebuta / Aomori prefiks
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103968/201702229077/_prw_PI3fl_7235e99e.jpg
 
 
Sumber: Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO)
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.