ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PHOENIX SOLAR MENGEPAM TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI KE GEDUNG IKEA

Tuesday 21/02/2017



• Sistem solar atas bumbung 1 MWp untuk IKEA Tampines di Singapura
• Perjanjian kerangka serantau bukan eksklusif di antara Phoenix Solar dan IKEA Asia Tenggara

SINGAPURA & SULZEMOOS, Jerman, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Phoenix Solar Pte Ltd dari Singapura telah dianugerahkan satu kontrak oleh IKEA Asia Tenggara untuk mereka bentuk dan membina sebuah sistem solar 1 MWp di atas bumbung IKEA Tampines. Sistem itu dijangka dapat menjana 1.3 juta kilowatt jam dalam setahun -- tenaga boleh diperbaharui yang secukupnya untuk memberi kuasa kepada bersamaan 283 empat bilik pangsapuri HDB. IKEA menjangkakan untuk mengurangkan kira-kira $2.4 juta daripada bil elektrik gedung itu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Projek ini dilaksanakan berikutan kejayaan pemasangan sistem solar atas bumbung 1 MWp di atas pusat beli-belah Megabangna milik syarikat itu di Bangkok dan adalah merupakan permulaan kerjasama tambahan yang sudah berada di dalam perancangan di antara IKEA Asia Tenggara dan Phoenix Solar.

Phoenix Solar Pte Ltd adalah merupakan anak syarikat Phoenix Solar AG (ISIN DE000A0BVU93) yang berpangkalan di Singapura, sebuah penyepadu sistem antarabangsa fotovoltan (PV) yang disenaraikan di pasaran rasmi (Standard Utama) di Bursa Saham Frankfurt. Kontrak dengan francais IKEA itu adalah berdasarkan kepada perjanjian kerangka serantau bukan eksklusif yang dilaksanakan baru-baru ini di antara kedua-dua buah syarikat yang meliputi perkhidmatan turnkey untuk kejuruteraan, pemerolehan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan (O&M) bagi sistem PV solar atas bumbung komersial. Perjanjian itu menyediakan satu proses pemerolehan yang diselaraskan dan pada masa yang sama mengekalkan strategi harga yang kompetitif.

"Projek ini menyokong satu matlamat kemapanan teras bagi syarikat kami: untuk menjana dan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui," kata Christian Rojkjaer, Pengarah Urusan bagi IKEA Asia Tenggara. "Apabila kami dapat mengurangkan kesan iklim sambil menjimatkan kos operasi jangka panjang, ia adalah merupakan satu keputusan perniagaan yang mudah. Pada masa yang sama, kami menyumbang dengan cara yang bermakna kepada pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui di Asia Tenggara."

Kemapanan adalah merupakan satu bahagian yang semula jadi dan lengkap bagi perniagaan harian untuk IKEA Asia Tenggara, yang didorong oleh satu visi untuk mencipta satu kehidupan harian yang lebih baik bagi kebanyakan orang. Syarikat itu secara konsisten berusaha untuk memberi kesan yang positif kepada bumi dan penghuninya dan pada masa yang sama mengendali dan mengembangkan perniagaan runcitnya di Singapura, Malaysia dan Thailand. Sistem PV solar memainkan satu peranan yang penting.

Gedung IKEA Cheras di Kuala Lumpur sudah mempunyai sistem yang sama di atas bumbungnya. Megabangna, pusat beli-belah Bangkok yang luas yang diterajui oleh IKEA, adalah di antara perusahaan komersial besar yang pertama di Thailand yang menyalurkan elektrik ke grid bandar raya di bawah program atas bumbung solar tarif galakan yang dimulakan oleh kerajaan pada tahun 2014. "Kami menjangka satu kesan yang positif -- secara komersial dan kepada alam sekitar -- daripada projek Singapura itu dan daripada  kerjasama dengan Phoenix Solar di dalam projek-projek serantau kami yang lain di Asia Tenggara," kata Encik Rojkjaer.

Eric Fleckten, Naib Presiden Kanan Asia/Pasifik bagi Phoenix Solar, menambah: "Kami amat berbangga untuk memperluaskan kerjasama kami dengan IKEA Asia Tenggara pada satu asas berkontrak yang baharu dan dengan projek lain menyokong langkah syarikat itu ke arah tenaga yang bersih dengan menyediakan sistem PV solar kelas atasan tepat pada masanya dan mengikut bajet. Kerjasama itu adalah satu sumbangan besar kepada strategi kami untuk pertumbuhan yang mapan dan menguntungkan di rantau itu."

Pemasangan bagi panel solar itu bermula di IKEA Tampines pada Mac dan projek itu dijangka siap pada Julai.

Maklumat mengenai Phoenix Solar AG

Phoenix Solar AG, yang beribu pejabat di Sulzemoos / Munich, Jerman, adalah sebuah penyepadu sistem fotovoltan antarabangsa. Kumpulan itu membangun, merancang, membina dan mengendalikan loji fotovoltan yang berskala besar. Sebagai sebuah kontraktor EPC yang memberi pengkhususan di dalam reka bentuk dan pelaksanaan loji kuasa solar, Phoenix Solar memberi penekanan khas kepada pembinaan "tepat pada masa dan mengikut bajet" dan penyampaian loji kuasa solar, dioptimumkan untuk menyampaikan output yang bermutu tinggi. Dengan mempunyai anak syarikat di tiga benua, syarikat itu telah mereka dan membina 800 MWp sistem turnkey sejak penubuhannya. Saham Phoenix Solar AG (ISIN DE000A0BVU93) disenaraikan di pasaran rasmi (Standard Utama) di Bursa Saham Frankfurt. www.phoenixsolar-group.com.

Maklumat mengenai IKEA Asia Tenggara

Kami memiliki dan mengendalikan gedung IKEA di Singapura, Malaysia dan Thailand, dengan menawarkan kepada berjuta-juta orang di Asia Tenggara dengan akses kepada pelbagai produk kelengkapan rumah yang berfungsi dan direka dengan baik pada harga yang berpatutan. Kami membina, memiliki dan mengendalikan Pusat Beli-belah yang diterajui oleh IKEA, dan mewujudkan destinasi yang bertenaga dengan melabur di kediaman, pejabat dan jenis hartanah yang lain. Pasukan multinasional kami mempunyai projek di dalam perancangan dan satu cita-cita untuk menggandakan perniagaan kami pada tahun-tahun akan datang. Kami adalah merupakan sebahagian daripada Kumpulan syarikat Ikano dan satu-satunya francais IKEA di dunia pada hari ini yang dimiliki oleh keluarga Kamprad yang telah mengasaskan IKEA.

Hubungi
Phoenix Solar AG
Dr. Joachim Fleïng, Wakil Perhubungan Pelabur
+49 (8135) 938-315
atau
IKEA Asia Tenggara
Corinna Schuler, Ketua bagi Perhubungan Korporat
(65) 9112-4812
 
Sumber : Phoenix Solar
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170220005750/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.