ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  MCNS WUJUDKAN SISTEM RUMAH DI INDIA

Tuesday 21/02/2017



Mempercepatkan daya saing global dan pengukuhan perniagaan sistem poliuretana
 
TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals & SKC Polyurethanes Co., Ltd. (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Ki Don Won, Shingo Shibata; sebuah usaha sama 50:50 di antara Mitsui Chemicals, Inc. dan SKC Co., Ltd.; "MCNS") telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat pembuatan dan jualan bagi produk sistem poliuretana (Sistem rumah*) di Andhra Pradesh di Selatan India untuk memenuhi jangkaan peningkatan di dalam permintaan poliuretana. 
 
[ Garis Kasar bagi Syarikat Baharu ]
1. Nama MCNS Polyurethanes India, Pvt. Ltd.
2. Ditubuhkan Februari 2017
3. Modal AS$ 7.3 juta (800 juta JPY)
4. Nisbah ekuiti Mitsui Chemicals & SKC Polyurethanes Co., Ltd. 100%
5. Lokasi Sri City: NH-5, Tada P.O., Daerah Nellore, Andhra Pradesh 524 401. India
6. Perniagaan Pembuatan dan jualan bagi produk sistem poliuretana
7. Keupayaan 13,000 tan setahun
8. Jadual Pembinaan Bermula: Mac, 2017
Pembinaan Siap: Disember, 2017
Operasi Komersial: Januari, 2018

* Sistem rumah: Pangkalan pembuatan dan jualan yang menyediakan perkhidmatan premium, seperti pelarasan formulasi bahan busa poliuretana termasuk yang diperolehi daripada poliol, untuk memenuhi keperluan pelanggan individu. 

Dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 1.3 bilion orang, India adalah merupakan kuasa ekonomi ketujuh terbesar di dunia dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan pertumbuhan ekonomi tahunan sebanyak 7% atau lebih tinggi dijangkakan. India menghasilkan 4 juta kereta dan 9 juta peti sejuk pada setiap tahun, dan permintaan untuk poliuretana juga dijangka meningkat. Banyak pengeluar kereta dan perkakas rumah dari Jepun dan Korea telah membangunkan kehadiran di negara itu, terutama di Selatan India, dan MCNS akan memperluaskan perniagaannya dengan pasti membekalkan produk sistem poliuretana yang berkualiti tinggi dengan sistem rumah.

MCNS adalah sebuah syarikat usaha sama 50:50 di antara Mitsui Chemicals dan SKC yang ditubuhkan dengan mengintegrasikan perniagaan poliuretana mereka pada Julai 2015. Ia membekalkan produk sistem poliuretana dari sistem rumah di 10 lokasi di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Mexico, China dan Poland, berdasarkan kepada satu kapasiti pengeluaran sebanyak 280,000 tan poliol, 250,000 tan MDI dan 120,000 tan TDI. Dengan penubuhan sistem rumah pada masa ini, MCNS akan membangunkan perniagaan mereka di India dan mempercepatkan pengukuhan daya saingnya di peringkat global dengan mengembangkan perniagaan sistem rumah, terutamanya di kawasan-kawasan lain selain India di mana pertumbuhan tinggi dijangkakan.
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51512598&lang=en
 
Hubungi
Mitsui Chemicals, Inc.
Takashi Kawamoto, +81-3-6253-2100
Bahagian Perhubungan Korporat
 
Sumber: Mitsui Chemicals, Inc.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170220005184/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.