ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ENVISTA FORENSICS UMUM PEMBUKAAN PEJABAT DI SYDNEY, AUSTRALIA

Tuesday 21/02/2017



SYDNEY & ATLANTA, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Envista Forensics, sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan kejuruteraan forensik dan perundingan kepada industri insurans dan undang-undang mengumumkan pembukaan sebuah pejabat baharu, di Sydney, Australia. Pejabat ini akan mengembangkan kehadiran Syarikat itu di Asia dan Australasia.
 
Mengenai pertumbuhan Syarikat itu secara keseluruhan, Bob Wedoff, Presiden berkata, "Kami amat berbesar hati untuk memperluaskan kehadiran global kami dengan pembukaan pejabat baharu di Sydney. Bukan sahaja ia menandakan satu lagi langkah utama di dalam merealisasikan misi kami untuk menyampaikan kepakaran teknikal pasca kehilangan yang bertaraf dunia tanpa mengira di mana ia diperlukan, ia meningkatkan keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami yang bersifat multinasional di seluruh dunia dengan tahap tinggi yang sama berhubung kualiti teknikal dan perkhidmatan pelanggan yang mereka sudah biasa tanpa mengira lokasinya."
 
Encik Wedoff turut menambah, "Selaras dengan komitmen kami kepada matlamat ini, kami amat teruja kerana mampu untuk menerajui operasi baharu kami dengan pakar-pakar yang dianggap di kalangan yang terbaik dan paling cerdik di kalangan kami."
 
Bruce Swales, Pengarah Urusan Envista di Rantau Asia Pasifik berkata, "Pembukaan pejabat baharu kami di Sydney adalah amat merangsangkan. Kami amat gembira kerana dapat memperluaskan perkhidmatan kami di Australia dengan menyediakan kepakaran kejuruteraan dan perunding forensik tempatan kepada sejumlah besar syarikat insurans dan penaksir kerugian yang menguruskan tuntutan di seluruh Australia dan wilayah-wilayah berjiran."
 
Maklumat mengenai Envista Forensics
 
Envista Forensics adalah sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian kejuruteraan & pemulihan forensik. Kami menyediakan analisis kegagalan, penyiasatan kebakaran dan letupan, forensik digital, binaan semula kemalangan, perunding bangunan, kejuruteraan geoteknikal, penilaian kerosakan dan perkhidmatan pemulihan peralatan berikutan pelbagai jenis bencana.
 
Envista telah memberi perkhidmatan kepada industri insurans, undang-undang dan pengurusan risiko untuk tempoh lebih 30 tahun. Pakar-pakar kami mengembara ke seluruh pelusuk dunia dari lebih 30 pejabat yang terletak di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, United Kingdom, Singapura, New Zealand dan Australia.
 
Hubungi
Envista Forensics
Hubungan Media
Jennifer Gaster, Naib Presiden - Pemasaran
+1 224 406-9809
jennifer.gaster@envistaforensics.com
atau
Hubungan Pejabat Sydney
Grant Gatland, Perunding Kanan Teknikal
grant.gatland@envistaforensics.com
atau
Marco Soto, Perunding Kanan Teknikal
marco.soto@envistaforensics.com
atau
Alamat Pejabat:
37 Bligh Street, Sydney, NSW 2000 Australia
Tel: 1800 358 346

Sumber: Envista Forensics
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170220005527/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.