ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  HARKNESS SCREENS AKAN MENJANAKAN KOMPLEKS HIBURAN PERDANA MBO CINEMAS YANG BAHARU DI MALAYSIA

Friday 20/01/2017



BANGALORE, India, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin teknologi skrin dunia Harkness Screens  telah dipilih oleh MBO Cinemas – sebuah rangkaian pawagam terkemuka di Malaysia yang pada masa ini mempunyai 207 skrin dan kapasiti lebih 32,721 tempat duduk - untuk hab hiburan perdana mereka yang baharu di Kuala Lumpur, sekali gus menyediakan kepada penonton dengan pengalaman pawagam yang mempesonakan dan terkini. Skrin Kuala Lumpur yang baharu itu akan menggunakan projektor laser perdana DP4K-30L oleh Barco. Perkongsian ini di antara Harkness Screens dan MBO Cinemas menjadikan Harkness Screens sebagai pembekal skrin yang eksklusif untuk semua projek masa hadapan oleh MBO Cinemas.
 
Konsep Skrin Besar MBO di Starling Mall akan menggunakan sebuah Skrin Harkness yang berukuran 20.5 meter lebar dan 11.20 meter tinggi dan akan memuatkan 390 orang penonton. MBO akan juga memperkenalkan dua Dewan Perdana dengan sebuah Ruang Istirahat Utama persendirian, sebuah dewan dengan teknologi simulasi pergerakan dan sebuah Dewan Kanak-kanak dengan sebuah tempat bermain di dalam dewan itu. Skrin besar ini telah dihasilkan di kilang Harkness di India.
 
Preetham Daniel, Naib Presiden Kanan -- Asia, Harkness Screens, berkata, "MBO Cinemas sememangnya terkenal kerana menawarkan pengalaman pawagam yang terunggul dan eksklusif. Selain itu, kami berkongsi rancangan futuristik dan pandangan mereka dari segi menggabungkan teknologi yang lebih baharu untuk pelanggan kami, penonton dan industri pawagam secara keseluruhan. Melalui kerjasama ini dengan MBO Cinemas, kami pasti bahawa bersama-sama kami boleh terus maju ke arah suatu pengalaman visual yang lebih kaya dan dipertingkatkan untuk penonton kami."
 
"Kami gembira untuk menjalin perkongsian dengan Harkness Screens bagi projek-projek MBO Cinemas kami pada masa hadapan. Kami percaya Harkness menyampaikan teknologi dan reka bentuk yang terbaik untuk skrin penayangan, dan akan membantu memberikan persembahan yang sempurna di pawagam-pawagam baharu kami," kata Mariam El Bacha, Pengarah Operasi, MBO Cinemas.
 
Maklumat mengenai Harkness Screens
 
Harkness Screens™ adalah pengeluar terbesar dunia bagi permukaan skrin penayangan, dengan pengkhususan di dalam reka bentuk dan pengeluaran skrin pawagam dan skrin yang ditempah khas bagi sebarang bentuk dan saiz. Harkness Screens adalah pemimpin dunia di dalam pawagam dengan mempunyai skrin di lebih banyak pawagam di seluruh dunia berbanding dengan pengeluar lain. Dari skrin tunggal untuk teater persendirian kepada multipleks besar kepada pengalaman teater imersif berformat besar atau acara secara langsung, Harkness membekalkan beribu-ribu skrin pada setiap tahun untuk pawagam, penerbitan filem, kesan khas, acara secara langsung dan aplikasi AV yang ditempah khas.
 
Ditubuhkan pada tahun 1929, pejabat korporat Harkness terletak di Ireland dengan pejabat-pejabat lain dan kilang-kilang terletak di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, India dan China. Harkness Screens menggabungkan pengalaman yang tiada tandingan dengan kaedah teknologi dan pengeluaran yang terkini untuk menyediakan penyelesaian yang berinovatif untuk pasaran utama syarikat itu di seluruh dunia.
 
Hubungi
Harkness Screens
Preetham Daniel
Naib Presiden Kanan-Asia
+91 9886406044
P.daniel@harkness-screens.com
 
Sumber: Harkness Screens
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170119005021/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.