ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  KOLABORASI KADA DAN AGROBANK UNTUK TINGKATKAN MANFAAT BUAT KOMUNITI PERTANIAN

Wednesday 18/01/2017


Upacara simbolik disempurnakan oleh pihak KADA yang diwakili oleh YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA dan pihak Agrobank yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, sambil disaksikan YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani



PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kada dan Agrobank hari ini meraikan kerjasama strategik dengan penyempurnaan projek pengurusan wang tunai. Majlis ini telah diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Wisma Tani Putrajaya.
 
Untuk meraikan kerjasama ini, satu upacara simbolik disempurnakan oleh pihak KADA yang diwakili oleh YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA dan pihak Agrobank yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank. Turut menyaksikan ialah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan turut disertai Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/CEO Agrobank dan Encik Mohd Ridzuan Ismail Pengurus Besar KADA.
 
Pada tahun lalu, Kada dan Agrobank telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang mengariskan tiga (3) bidang kerjasama iaitu solusi pengurusan tunai (cash management solutions) melalui AgroNetBiz, perlindungan takaful dan ejen perbankan, AgroAgent.
 
Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Agrobank sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh pihak KADA untuk menyediakan perkhidmatan perbankan dan kewangan untuk KADA.  “Pengurusan wang tunai (cash management solutions) merupakan perkhidmatan kewangan terbaru yang disediakan oleh Agrobank untuk memenuhi keperluan perbankan pelangggan komersil dan korporat. 
 
Solusi ini adalah berteraskan sistem perbankan dalam talian Agrobank yang dikenali sebagai AgroNetBiz. Dengan solusi ini, kita membantu pihak KADA untuk beralih dari sistem pembayaran menggunakan cek kepada pembayaran dalam talian (e-payment). Kita berbangga dengan pihak pengurusan KADA yang bervisi jauh dan menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan sistem pembayaran dalam talian (e-payment),” kata Tan Sri Mohamad Zabidi.
 
Menurut YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA, KADA menyambut baik kerjasama di antara KADA dan Agrobank. “Sejarah kerjasama di antara KADA dan Agrobank telah lama bermula kerana kedua-dua pihak mempunyai mandat dan sasaran kumpulan yang sama iaitu komuniti pertanian. Kolaborasi kali ini lebih menjurus kepada usaha pengurusan kewangan tunai, perlindungan takaful khusus untuk KADA dan perlantikan ejen perbankan, AgroAgent.
 
“Sememangnya kerjasama di antara Agrobank dan KADA adalah usaha dalam memperkasakan dan meningkatkan sinergi antara agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi dan memberi manfaat untuk kumpulan sasaran,” kata Datuk Md Alwi.
 
Menerusi kerjasama ini, Agrobank telah menambah baik sistem sedia ada bagi menjadikan ia format patuh SAGA (System Accounting for Government Agencies) untuk memudahkan proses pembayaran kepada pembekal. Antara khidmat yang turut diliputi ialah perkhidmatan bayaran secara pukal, pembayaran gaji, arahan tetap, pembayaran zakat dan bil serta banyak lagi.
 
Selain itu, di bawah program “Satu Petani Satu Takaful” seramai 2,459 orang ahli KADA telah mendapat perlindungan takaful dengan harga serendah RM20 setahun.

Melalui kerjasama yang sama, kesemua 13 PPK (Petubuhan Peladang Kebangsaan) di bawah KADA sudah dilantik menjadi ejen perbankan Agrobank yang dikenali sebagai AgroAgent. Ini membolehkan ejen untuk memberi khidmat kewangan asas seperti menyimpan dan mengeluarkan wang, membayar bil utiliti dan tambah nilai kad prabayar.
 
Mengenai Agrobank
Agrobank itubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian Negara. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
 
Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil memperkasakan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang komprehensif bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Dengan 47 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 187 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
 
Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.

Sumber : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ainul Rofidza Ibrahim   
Tel : 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-225 8210

Nama : Syuhada Abdul Rais 
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.