ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PROJEK PELANCONGAN ANIMASI, DISOKONG OLEH KERAJAAN JEPUN, UNTUK MENAWARKAN 30 PEMANTAU LUAR NEGARA DENGAN LAWATAN ANIMASI JEPUN

Tuesday 17/01/2017



AsiaNet 67139

TOKYO, 17 Jan., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Persatuan Pelancongan Animasi, dengan kerjasama Kadokawa ASCII Research Laboratories, Inc., kini menerima permohonan untuk lawatan jejak dan perjalanan ke lokasi penggambaran "Your Name" (Kimi no Na wa), satu daripada filem animasi hit yang terbesar di Jepun.
 
(Logo:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M101933/201701167893/_prw_OI1im_2YcxaF9U.jpg)
 
(Imej:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M101933/201701167893/_prw_OI2fl_yvFp2629.jpg)
 
Seramai 30 peminat animasi dari seluruh dunia akan menerima jemputan untuk satu lawatan animasi Jepun, yang ditaja oleh Kerajaan Jepun.

Lawatan ini akan menguji nilai lokasi "tempat suci" masyarakat animasi Jepun dengan menyampaikan lokasi dan model untuk adegan-adegan mereka.

Lawatan animasi ini termasuk tiket penerbangan pergi balik ke Jepun, hotel, sarapan pagi, makan malam dan pengangkutan untuk lawatan animasi (Nagoya – kawasan Hida - Tokyo) di dalam Jepun.

Penerimaan permohonan untuk lawatan itu akan bermula pada 20 Januari dan berakhir pada 28 Februari. Semua butiran permohonan akan dipaparkan pada laman web rasmi atau pada laman web rakan syarikat dengan menggunakan pautan berikut: http://animetourism.lab-kadokawa.com
 
Maklumat mengenai Persatuan Pelancongan Animasi:
Dengan memilih dan mengatur 88 lokasi "tempat suci animasi" yang mempunyai potensi untuk merangsangkan pembangunan Jepun sebagai sebuah negara yang berorientasikan pelancongan, Persatuan Pelancongan Animasi akan mempromosikan penemuan sumber-sumber pelancongan serta rujukan pelanggan kepada destinasi-destinasi serantau di kalangan pelancong asing yang melawat Jepun.

Kerajaan Jepun menyokong Persatuan Pelancongan Anime untuk projek ini http://www.cao.go.jp/cool_japan/kaigi/kyoten_koutiku/project/kyoten_giji.html
(Dalam Bahasa Jepun)
 
SUMBER: Kadokawa ASCII Research Laboratories, Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.