ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PERSATUAN AKAUNTAN PROFESIONAL BERTAULIAH ANTARABANGSA MENGGESA PENGAWAL SELIA AUDIT AFRIKA SELATAN SUPAYA MENOLAK PUTARAN FIRMA AUDIT MANDATORI

Tuesday 17/01/2017



NEW YORK & LONDON, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa (Persatuan) telah menyuarakan bangkangannya yang kuat mengenai satu rancangan oleh Badan Kawal Selia Bebas bagi Juruaudit (IRBA) Afrika Selatan untuk melaksanakan putaran firma audit mandatori (MAFR).

Dalam satu jawapan bertulis kepada Kertas Perundingan IRBA, Persatuan itu, yang mempunyai pejabat di beberapa lokasi termasuk Johannesburg, Colombo, Kuala Lumpur, London, New York dan Shanghai, menulis bahawa MAFR "mungkin mempunyai satu kesan negatif ke atas kualiti audit, meningkatkan penumpuan pasaran kepada bilangan firma pengauditan yang lebih terhad, dan akan menghalang, dan bukannya menggalakkan, transformasi profesion itu."

Surat itu, yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Barry C. Melancon, CPA, CGMA, termasuk analisis faktor-faktor yang paling penting yang menyokong kedudukan profesion itu sejak dahulu lagi. Ia menyatakan bahawa putaran firma audit mandatori itu:

- Memberi impak negatif kepada kualiti pengauditan
- Menyebabkan kehilangan pengetahuan dan pengalaman institusi
- Mengehadkan pengkhususan juruaudit
- Mewujudkan tekanan ke atas sumber
- Boleh meningkatkan penumpuan pasaran audit
- Boleh mengakibatkan di dalam kos yang tidak disengajakan
- Mengehadkan keupayaan jawatankuasa audit untuk menentukan firma audit yang terbaik untuk syarikat itu
- Mengehadkan keupayaan untuk menarik dan mengekalkan bakat  

"Persatuan itu percaya bahawa setiap faktor ini menunjukkan bahawa MAFR perlu ditolak," menurut surat itu. "Adalah jelas dari sekurang-kurangnya sebahagian daripada rejim kawal selia itu yang telah menerima pakainya bahawa MAFR tidak mempunyai manfaat yang dimaksudkan dan penyambungannya adalah sama ada dipersoalkan atau dihentikan. MAFR mengambil tanggungjawab utama jawatankuasa audit itu yang, bersama-sama dengan lembaga pengarah, berada pada kedudukan yang terbaik untuk melihat tindakan pengurusan dan memastikan bahawa syarikat-syarikat mendapat audit yang berkualiti tinggi untuk melindungi orang awam yang melabur."

Dengan membuat kesimpulan bahawa MAFR tidak memberi kepentingan awam, mempunyai risiko yang memudaratkan kualiti pengauditan, akan mengenakan kos yang signifikan kepada perniagaan dan pemegang saham tanpa faedah yang setimpal, akan menimbulkan gangguan dari segi ekonomi dan mewujudkan kesan-kesan negatif yang lain, Persatuan itu meminta agar IRBA menolak langkah yang menghendakikannya.

Maklumat mengenai Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa

Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa (Persatuan itu) menggabungkan kekuatan American Institute of CPAs (AICPA) dan The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) untuk menjanakan peluang, kepercayaan dan kemakmuran untuk rakyat, perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Ia mewakili 650,000 ahli dan pelajar di dalam perakaunan awam dan pengurusan dan menyokong untuk kepentingan awam dan kemampanan perniagaan mengenai isu-isu semasa dan isu baru muncul. Dengan jangkauan, kerapian dan sumbernya yang luas, Persatuan itu memajukan reputasi, kebolehgajian dan kualiti CPA, CGMA dan kalangan profesional perakaunan dan kewangan di peringkat global.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170116005079/en/
 
Hubungi
Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa
Jay Hyde, +1 202-434-9266
Jay.hyde@aicpa-cima.com
atau
Damian Kerr, +44 (0)7964 423608
Damian.kerr@aicpa-cima.com 

Sumber: Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.