ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  "CHI-BA+BERRY," VARIETI BAHARU STRAWBERI DIBANGUNKAN DI WILAYAH CHIBA, MEMBUAT KEMUNCULAN SULUNG

Tuesday 17/01/2017



AsiaNet 67115

CHIBA, Jepun, 17 Jan., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -
 
"CHI-BA+BERRY," sejenis varieti strawberi baharu yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian dan Perhutanan di Wilayah Chiba, membuat kemunculan sulungnya pada Januari 2017.

(Logo:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201701167905/_prw_OI1fl_U46KjU6I.jpg)
 
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201701167905/_prw_OI2fl_6tnBR0bd.JPG)
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201701167905/_prw_OI3fl_p116499R.JPG)
 
Pelawat serta penduduk tempatan boleh menikmati untuk memetik "CHI-BA+BERRY" di ladang-ladang strawberi di Wilayah Chiba, bermula pada musim ini.
 
Kemudahan laluan trafik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ke pelbagai kawasan di Wilayah Chiba adalah baik. Memandangkan iklim di Wilayah Chiba terutamanya adalah sederhana di kalangan pelbagai kawasan di Jepun, ia kini sedang mengalami awal musim bunga di wilayah ini dan pelbagai jenis bunga sudah berkembang mekar.
 
Lawat  Wilayah Chiba pada musim bunga untuk menikmati "CHI-BA+BERRY."
 
1. Ciri-ciri "CHI-BA+BERRY"
-- Besar & cantik
-- Manis & lazat
 
2. Memetik strawberi di Wilayah Chiba
-- Terdapat kira-kira 100 buah ladang strawberi di Wilayah Chiba.
   (Kira-kira 30 daripada mereka mempunyai "CHI-BA+BERRY.")
-- Musim memetik strawberi adalah dari Januari hingga sekitar Mei.
 
Sumber: Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Kerajaan Wilayah Chiba 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.