ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  BROADSOFT MENGUMUMKAN PENGALAMAN BILIK PERSIDANGAN VIDEO SATU KLIK

Wednesday 07/12/2016



Aplikasi Bilik Persidangan membolehkan perniagaan untuk menambah bilik persidangan fizikal berbilang titik kepada mana-mana persidangan maya dengan mudah dan mampu milik
 
GAITHERSBURG, Md., 7 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), iaitu peneraju perisian komunikasi bersatu sebagai perkhidmatan (UCaaS) global, hari ini mengumumkan ketersediaan Bilik Persidangan UC-One® BroadSoft secara komersial – pengalaman sistem bilik persidangan satu klik yang membolehkan perniagaan menyambungkan bilik persidangan yang sedia ada dengan mana-mana persidangan mayaUC-One dengan mudah dan mampu milik.
 
Pengalaman sistem bilik persidangan pada masa sekarang bukan sahaja tidak menggalakkan dari segi kos, malah ia juga rumit untuk dipasang dan digunakan. Penganjur dan peserta mesyuarat menggunakan TV dan kamera video yang tidak berfungsi dengan baik antara satu sama lain, dan memerlukan kawalan jarak jauh yang berlainan bagi setiap komponen tunggal. Sistem legasi ini membuatkan penambahan peserta atau perkongsian kandungan menjadi sukar. Oleh itu, bukanlah perkara yang hairan bahawa 47%1 pekerja melihat mesyuarat sebagai perkara yang paling banyak membazirkan masa di pejabat.
 
"Pengalaman bilik persidangan memang merupakan cabaran buat UC tradisional selama ini," kata Stan Chizhevskiy, Pengarah Teknikal Access4. "Kami mendapati Bilik Persidangan UC-One BroadSoft sebagai penyelesaian terbaik bagi kes penggunaan yang bermasalah ini dengan memberi kami produk yang berpenyepaduan baik, mudah digunakan dan disampaikan untuk pengguna bilik persidangan yang memerlukan audio/video HD dan juga ciri tersedia segera untuk bergabung antara bilik persidangan, pengguna UC desktop dan tetamu luaran."
 
Bilik Persidangan UC-One berfungsi dengan apa-apa skrin LCD standard, dalam apa-apa bilik persidangan dan merangkumi Logitech GROUP, iaitu ConferenceCam yang mempunyai audio jalur lebar dan video HD. Hasilnya, Bilik Persidangan UC-One membuatkan penambahan video kepada setiap bilik menjadi mudah dan mampu milik pada titik harga yang kira-kira 1/10 daripada kos sistem telekehadiran yang dilengkapi secara perbandingan.
 
"Logitech gembira bekerjasama dengan BroadSoft untuk mengatasi salah satu cabaran terbesar dengan persidangan video dalam bilik mesyuarat, yang merupakan cara senang untuk menyambungkan panggilan," kata Scott Wharton, naib presiden dan pengurus besar Logitech Video Collaboration. "Dengan ConferenceCam Logitech, UC-One BroadSoft menempuh cabaran ini dengan memberikan penyertaan satu klik, audio kualiti tinggi, perkongsian video dan kandungan, dan banyak lagi yang semuanya diberikan pada harga yang amat mampu milik."
 
Bilik Persidangan UC-One memberikan beberapa ciri dan kelebihan yang amat menambah baik pengalaman sistem bilik persidangan:
  • Penyertaan satu klik – Mesyuarat satu klik boleh dimulakan daripada bilik Persidangan UC-One. Semua mesyuarat dihoskan dalam My Room, iaitu ruangan mesyuarat maya BroadSoft yang menggabungkan persidangan suara dan video, sembang berbilang pihak dan perkongsian desktop.
  • Penjadualan mudah – Daripada kalendar pejabat mereka, pengguna boleh memilih mana-mana sistem bilik persidangan yang tersedia untuk menjadualkan persidangan video mereka. Selepas dijadualkan, pengguna hanya perlu memasuki bilik persidangan mereka, klik satu butang dan memulakan persidangan video. Pengguna akan sentiasa tahu bilik-bilik persidangan video yang tersedia.
  • Perkongsian kandungan dengan video HD – Mesyuarat bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan bukan untuk mengurangkannya. Fungsi perkongsian kandungan membolehkan sesiapa sahaja untuk memulakan sesi kolaborasi dan menyemak hamparan, pembentangan dan apa-apa jenis dokumen lain; sementara kodek audio jalur lebar menangkap setiap nuansa verbal, serta video HD menyampaikan perincian visual yang jelas dan tajam.
  • Kurangkan kerumitan – Dengan membolehkan pengguna perniagaan menguruskan persidangan video bilik mereka daripada dalam pengalaman desktop intuitif yang digunakan oleh mereka pada setiap hari, Bilik Persidangan UC-One boleh mengurangkan kos dan kerumitan persidangan video berbilang titik. Pengguna video desktop dan bilik boleh memulakan persidangan dengan hanya satu klik, dan adalah mudah untuk menambah peserta jarak jauh yang menyertai persidangan melalui desktop dan peranti mudah alih.
 
"Kebanyakan pekerja menghadiri rata-rata 62 mesyuarat bagi setiap bulan2, jumlah masa yang lazimnya tidak produktif kerana masalah teknologi dan pengalaman yang tidak baik buat hadirin fizikal atau maya." kata Scott Hoffpauir, ketua pegawai teknologi BroadSoft. "Kini persidangan boleh dimulakan dengan klik pada butang daripada aplikasi desktop UC-One dan mudah alih kami, dan penyedia perkhidmatan kini boleh menawarkan penyelesaian berbilang titik yang boleh ditambahkan kepada mana-mana bilik persidangan yang diperlukan dengan mudah dan mampu milik kepada semua jenis perniagaan."
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bilik Persidangan UC-One, klik di sini.
http://business.salary.com/why-how-your-employees-are-wasting-time-at-work/slide/9/ 
2 https://www.atlassian.com/time-wasting-at-work-infographic
 
Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:
 
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini boleh dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft akibat daripada penggunaan aplikasi Bilik Persidangan UC-One. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk pada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan aplikasi Bilik Persidangan UC-One oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya dan faktor tersebut terkandung dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini adalah pada 6 Disember, 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan umum yang dibuat dalam ini atas apa-apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.
 
Mengenai BroadSoft:
 
BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.
 
Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
 
Twitter | LinkedIn | Work It!

Perhubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com
 
Hubungan Media:
 
Amerika
Brian Lustig, Bluetext PR bagi BroadSoft US
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com
 
Eropah
Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson, Cohesive bagi BroadSoft UK
+44 (0) 1291 626200
broadsoft@wearecohesive.com
 
APAC
Terry Alberstein, Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au
 
Sumber : BroadSoft, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.