ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MENTERI LUAR NEGERI MENANDATANGANI BUKU TAKZIAH DIATAS KEMATIAN FIDEL CASTRO

Saturday 03/12/2016



PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) -- YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri telah menandatangani buku takziah diatas kematian Fidel Castro, mantan Presiden Republik Cuba, di Kedutaan Besar Republik Cuba di Kuala Lumpur.

Fidel Castro, 90, meninggal dunia pada 25 November 2016 selepas dilaporkan sakit semenjak beberapa tahun yang lalu. Beliau telah menerajui kepimpinan Republik Cuba selama 47 tahun sehingga tahun 2006.

Hubungan dua hala di antara Malaysia dan Cuba adalah kukuh semenjak menjalinkan  hubungan diplomatik pada 6 Februari 1975. Kedua-dua  negara bekerjasama rapat di forum-forum antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Forum Kerjasama Asia Timur-Latin Amerika (FEALAC).

Sumber : Kementerian Luar Negeri
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NURBAITI BAKTHIR
Assistant Director
Department of Communications and Public Diplomacy
Emel : nurbaiti@kln.gov.my

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.