ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  IC TENAGA SISTEM SERBAGUNA PELBAGAI OUTPUT TOSHIBA YANG BAHARU MEREALISASIKAN ARUS BESAR DAN PEMACU BUNYI YANG LEBIH RENDAH

Thursday 01/12/2016



TOKYO, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini melancarkan "TC7739FTG," sebuah IC tenaga sistem serbaguna pelbagai output yang dilengkapi dengan bekalan kuasa DC-DC dan alat kawal atur bersiri. Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada akhir bulan ini.

Ketika tablet dan peranti mudah alih yang lain meningkatkan kelajuan pemprosesan, mereka memerlukan bekalan kuasa untuk voltan rendah dan pemacu arus yang besar. Mereka juga memerlukan bekalan kuasa pelbagai aplikasi, dan juga perlu mengurangkan kadar bunyi untuk mengimbangi bagi pengecilan PCB.

IC tenaga sistem pelbagai output Toshiba yang baharu menawarkan kecekapan yang tinggi, memacukan arus yang besar dengan alat penukar 2-ch DC-DC, alat kawal atur bersiri 4-ch untuk pengurangan kadar bunyi, dan suis beban 1-ch. Setiap penukar DC-DC memacukan dengan satu frekuensi ayunan yang berbeza, sekali  gus mengurangkan puncak pensuisan bunyi. Keupayaan untuk menukar voltan output dan urutan yang meningkat melalui bas I2C akan memastikan IC boleh menyokong pelbagai aplikasi.

Aplikasi
Peranti maklumat seperti telefon pintar dan tablet

Ciri-ciri Utama
Penukar langkah turun DC-DC (2 ch) + LDO (4 ch) + Beban SW (1 ch)
Konfigurasi voltan output dan urutan melalui bas I2C
Pakej kecil: QFN32 (5 × 5 mm) 
 
Spesifikasi Utama
Nama produk TC7739FTG
Kawalan I/F I2C
Voltan input 4.5 V to 5.5 V
Pakej QFN32: 5 × 5 (mm), Pin pitch: 0.5 (mm)
Penukar DC-DC ch1: 1.05 V (nilai permulaan), 2 MHz, 2 A (maksimum)
ch2: 3.30 V (nilai permulaan), 1.5 MHz, 2 A (maksimum)
Alat kawal atur bersiri ch3: 1.15 V (nilai permulaan), 0.7 A (maksimum)
ch4: 1.50 V (nilai permulaan), 0.6 A (maksimum)
ch5: 1.80 V (nilai permulaan), 0.2 A (maksimum)
ch6: 3.30 V (nilai permulaan), 0.06 A (maksimum)
Beban SW Julat voltan input: 3.0 V to 3.6 V
ON rintangan: 62 mΩ (typ.)
Pengesanan keabnormalan Perlindungan lebihan voltan, perlindungan voltan rendah, had lebihan arus, perlindungan voltan rendah untuk bekalan kuasa, dan penutupan haba
Pengeluaran  besar-besaran Akhir Disember 2016
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/detail.TC7739FTG.html
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51469921&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161201005543/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.