ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  COOK MEDICAL BUKA PUSAT PENGEDARAN BAHARU DI SINGAPURA

Thursday 01/12/2016



SINGAPURA, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cook Medical secara rasminya membuka Pusat Pengedaran Asia Selatan (SADC) mereka yang baharu dan serba canggih di Singapura pada 30 November 2016. Kemudahan baharu itu adalah merupakan sebahagian daripada perkembangan pesat rantaian bekalan Cook Medical yang bertujuan untuk memenuhi peningkatan permintaan produk di seluruh Asia Pasifik (APAC).

Kemudahan gudang dan pengedaran itu yang berkeluasan 2,500 meter persegi akan membekalkan kesemua pelanggan Cook Medical di seluruh APAC termasuk tapak-tapak serantau Cook yang terletak di India, Korea, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Hong Kong.

Barry Thomas, Naib Presiden Cook Inc., dan Pengarah, Cook Medical APAC berkata SADC itu akan membolehkan Cook Medical untuk menjadi lebih responsif kepada keperluan pelanggan.

"Tumpuan di sini adalah kepada pelanggan kami dan pesakit mereka dan dari lokasi ini kami kini boleh menghantar barangan ke mana-mana sahaja di rantau itu dalam tempoh 24 jam," kata Encik Thomas.

"Pembukaan SADC itu adalah merupakan satu langkah penting di dalam transformasi perkhidmatan pengedaran Cook Medical di seluruh Asia Pasifik."

"Lokasi itu membolehkan kami untuk memperluaskan pengedaran kami supaya lebih ramai orang di Asia boleh mengakses pelbagai peranti perubatan invasif minimum termaju kami".

Kemudahan berteknologi tinggi itu berkembang di atas perkhidmatan pengedaran yang disediakan dari Shanghai, China sejak tahun 2010. Pertumbuhan baru-baru ini di China dan di seluruh rantau itu mendorong syarikat itu untuk mewujudkan sebuah pusat pengedaran baharu di Asia Pasifik.

Ross Harvey, Pengarah, Rantaian Bekalan – Asia Pasifik menyatakan bahawa Singapura telah dipilih kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah yang membolehkan Cook untuk meningkatkan kepantasan produk Cook ke hospital-hospital.

"Kecekapan operasi bagi kemudahan baharu di Singapura itu akan memberi manfaat yang besar kepada Cook Medical yang akan, seterusnya, membolehkan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan lebih baik."

"SADC membolehkan kami untuk mengurangkan masa penghantaran dan mengurangkan kos kami yang kami akan laburkan untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami," kata Encik Harvey.
 
Kemudahan baharu yang bertaraf dunia itu menggunakan teknologi tanpa kertas yang terkini, proses termaju, dan manfaat dari sebuah sistem pelepasan kastam dalam talian yang boleh mengurangkan masa pusing balik kastam kepada kira-kira 10 minit.

"Kami mengalu-alukan keputusan Cook Medical untuk mewujudkan Pusat Pengedaran Asia Selatan mereka di Singapura, yang merupakan bukti kepada kedudukan Singapura sebagai sebuah hab logistik yang terkemuka di Asia. Dengan memanfaatkan perhubungan kami yang luas, infrastruktur kastam dan ekosistem bagi perkhidmatan sokongan rantaian bekalan, syarikat-syarikat boleh meningkatkan masa pusing balik, meningkatkan kecekapan operasi dan mempercepatkan akses kepada pasaran di rantau itu," kata Cik Weng Si Ho, Pengarah, Sains Bioperubatan, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB).

"Kami komited untuk menyokong syarikat-syarikat MedTech di dalam mewujudkan fungsi kawalan rantaian bekalan strategik di Singapura dan memacukan pengujudan nilai daripada rantaian bekalan yang dioptimumkan untuk rantau itu dan seterusnya."

"Pembukaan pusat baharu itu telah mewujudkan beberapa pekerjaan di peringkat tempatan dan ia dijangka berkembang ketika operasi itu berkembang," kata Encik Thomas.

"Keutamaan kami pada masa sekarang termasuk penubuhan sebuah pasukan perkhidmatan pelanggan, dan penempatan semula saham Media Persenyawaan In Vitro (IVF) kami yang kami jangkakan akan diselesaikan pada awal tahun 2017."

"Kami amat berbangga dengan SADC dan kami ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam projek itu sejak setahun lalu," kata Encik Thomas.

Diadakan pada 30 November 2016, pembukaan rasmi itu telah diraikan dengan satu majlis yang ringkas dan lawatan ke tapak kemudahan itu.

Maklumat mengenai Cook Medical

Sejak tahun 1963, Cook Medical telah bekerjasama dengan doktor-doktor untuk membangunkan teknologi invasif yang minimum. Hari ini kami menawarkan peralatan perubatan, bahan-bahan biologi, biofarmaseutikal, dan terapi selular untuk menyampaikan keputusan pesakit yang lebih baik secara lebih cekap. Kami masih mengekalkan pemilikan keluarga agar kami dapat memberikan tumpuan kepada apa yang kami utamakan: pesakit, pekerja kami, dan komuniti kami. Dapatkan maklumat lanjut di www.cookmedical.com, dan untuk mendapatkan berita terkini, ikuti kami di TwitterFacebook dan LinkedIn

Temuramah disediakan dengan: 

Barry Thomas, Naib Presiden, Cook Incorporated dan Pengarah – Cook Medical Asia Pasifik. 

Ross Harvey, Pengarah, Rantaian Bekalan – Cook Medical Asia Pasifik. 

Hubungi

Media
Cook Medical
Pia Warburton, +852 9026 6275
Pengurus, Perhubungan Korporat – Asia Pasifik
Pia.Warburton@CookMedical.com  


Sumber: Cook Medical 

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161130006480/en   


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.