ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  10 PRODUK UTAMA MENARIK PERHATIAN KETIKA CHTF2016 MENUTUP TIRAI

Monday 21/11/2016



SHENZHEN, China, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China ke-18, yang bertemakan "Dipacukan oleh Inovasi, Berorientasikan Kualiti," menutup tirai pada 21 November di Pusat Pameran & Konvensyen Shenzhen, dengan menonjolkan teknologi dan produk VR/AR. Lebih 3,000 pempamer dari 37 buah negara memaparkan lebih 10,000 barangan berinovatif untuk pelawat dan profesional industri.

Semasa pameran itu, 10 Produk Utama sempena CHTF2016 telah diumumkan di dewan pameran masing-masing. Produk-produk ini, yang disyorkan oleh setiap zon pameran masing-masing dan dinilai semula oleh pakar-pakar, adalah merupakan kombinasi teknologi canggih yang sempurna, estetika berinspirasi, dan pintar, hijau, dan falsafah reka bentuk berorientasikan manusia, menunjukkan kegunaan yang menakjubkan dan pengalaman pengguna.

Sepuluh Produk Utama itu adalah: Stesen Mengecas IoT (Akademi Sains China, Guangzhou), Dron MEGA (Harwar International Aviation), HIAR GLASSES V2 (HiScene), All-in-One VR G1/G1s (Qualcomm dan CooCaa), PMS168 Motor (Dongming Electric Motor), Bekas Makan Tengah Hari Pintar (Nami), Panox One Sports DV (D-Light Tech), "am:10" Ecological Purifier (Techand Residential Environment), Smart Charging Pile (Universiti Wuhan), dan SINGULATO (Zhiche Auto). G1/G1s, yang dibangunkan bersama oleh Qualcomm dan CooCaa, adalah merupakan peranti VR semua-dalam-satu yang pertama di dunia yang dilengkapi dengan Snapdragon 820/821. Ia adalah contoh yang unggul di dalam teknologi VR termaju di dunia dan membawa pengguna dengan suatu pengalaman pemerhatian panorama yang menakjubkan.

Astaka-astaka antarabangsa dan zon khas "One Belt, One Road" juga merupakan acara kemuncak pada CHTF2016. Perusahaan dari Jerman, Republik Czech, Pakistan, Greece, Bahrain, dan lain-lain kesemuanya membawa produk terbaharu mereka dan berinteraksi secara meluas dengan pengunjung. Di samping itu, delegasi dari wilayah-wilayah di China juga membawa banyak syarikat teknologi tempatan ke acara berkenaan, dengan menyumbang usaha mereka untuk menjadikan China sebuah negara teknologi tinggi yang mantap. Sementara itu, aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti Persidangan Bandar Raya Pintar, Forum Sidang Kemuncak Internet+, Forum VR/AR dan Persidangan Inovasi China 2016 juga telah diadakan serentak, dengan menghimpunkan pegawai-pegawai kerajaan, pengurusan kanan perniagaan dan profesional industri untuk membincangkan isu-isu berkaitan teknologi tinggi dan berkongsi amalan yang berjaya.

Sebagai pameran teknologi tinggi nombor satu di China, CHTF sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan dan trend di dalam industri teknologi tinggi China. Dengan mengumpulkan pencapaian daripada satu kategori industri yang luas termasuk penjimatan tenaga, biologi, tenaga, penjagaan kesihatan dan elektronik, CHTF bercadang untuk membina sebuah platform yang bukan sahaja membolehkan pempamer dan pengunjung untuk bertukar-tukar dan bekerjasama di antara satu sama lain secara bebas, jarak di antara teknologi dan orang ramai juga boleh dirapatkan.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51464005&lang=en

Hubungi
Pameran Hi-Tech China
Alice Chen, 86-13422884433
chtf2016@qq.com
 
Sumber: Pameran Hi-Tech China

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.