ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  OPTICS BALZERS KINI MENGHASIKAN PRODUK DI MALAYSIA

Monday 21/11/2016



Pengeluaran untuk perniagaan di Asia bermula di tapak baharu
 

BALZERS, Liechtenstein, 21 Nov -- (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perniagaan di Asia semakin pesat membangun; Optics Balzers telah mewujudkan kemudahan pengeluaran di tapak baharu di Malaysia seperti yang dijadualkan dan telah memulakan pelaksanaan ujian pertama. Pembukaan rasmi dijadualkan pada 21 November, 2016.

Pada awal September, Optics Balzers telah mula mewujudkan pengeluaran dengan kira-kira 30 pekerja baharu di Pulau Pinang, yang terletak di pantai barat Malaysia. Menurut Alex Vogt, Ketua Pegawai Eksekutif Optics Balzers, ia menjadi semakin jelas bahawa keputusan strategik untuk mewujudkan sebuah tapak pengeluaran baharu di Malaysia adalah sesuatu yang baik: "Terdapat pelbagai pertanyaan mengenai projek-projek pengeluaran berkuantiti tinggi daripada bakal-bakal pelanggan di Asia, dan ini menghasilkan di dalam pesanan sebenar dengan kadar yang cepat." Vogt tidak sabar untuk menanti majlis pembukaan rasmi, yang akan termasuk ucapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan ketua kerajaan negeri Pulau Pinang. Semasa sambutan pada 18 November 2016, Vogt dan pasukannya akan menyediakan lawatan ke tapak kemudahan pengeluaran dan produk masa sekarang di bilik pameran. Satu majlis sambutan dan tarian naga tradisional akan mengakhiri majlis itu.

Kerja berpasukan yang berjaya

Vogt menjelaskan bahawa permulaan segera pengeluaran hanya boleh dilakukan disebabkan oleh satu pasukan kira-kira 10 orang kakitangan telah dihantar dari Balzers ke Malaysia untuk menyokong fasa permulaan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar kakitangan telah diambil di Malaysia. Vogt menekankan, "Ia adalah sangat penting bagi kami untuk dapat bergantung kepada kerja berpasukan yang baik dari awal lagi." Vogt berkata bahawa beberapa bulan akan datang akan ditujukan kepada menyerahkan tanggungjawab proses pengeluaran itu kepada kakitangan tempatan di samping memastikan kualiti yang konsisten. Beliau menjelaskan bahawa kakitangan pakar kemudian akan dapat kembali ke tapak mereka masing-masing di Eropah, di mana mereka sekali lagi akan bertanggungjawab terhadap perkembangan baharu dan projek-projek pelanggan yang semakin mencabar.

Tapak baharu, produk baharu

Kedua-dua transformasi ke atas hartatanah yang sedia ada dan asas syarikat itu boleh dilakukan dengan cara cepat yang luar biasa. Selepas penubuhan syarikat itu pada Februari, jentera telah dipasang seawal Ogos. Proses itu kini sedang disahkan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Menurut Vogt, tapak pengeluaran di Malaysia adalah penambahan yang ideal kepada ibu pejabat di Balzers, Liechtenstein, dan kepada kilang Jerman di Jena. Vogt menambah bahawa pengeluaran sedang dikembangkan dan bukan dipindahkan: "Tapak pengeluaran baharu itu membolehkan kami untuk mengeksploitasi peluang-peluang pasaran serta merta dan membantu kami untuk dengan sengaja mengembangkan penguasaan pasaran kami di Asia dengan projek-projek pelanggan baharu dan produk baharu."

Pasaran masa hadapan yang menarik

Tumpuan syarikat itu akan beralih kepada penyelesaian optik untuk aplikasi di dalam pasaran masa hadapan yang menarik. Vogt memberikan contoh aplikasi berasaskan komputer untuk membantu atau meningkatkan persepsi manusia mengenai realiti ("realiti berperantara") dan penciptaan dunia visual yang sebelum ini tidak dapat dilihat melalui kaca mata ("realiti maya"). Satu lagi contoh mengenai pelbagai bidang aplikasi bagi produk Optics Balzers adalah projektor mini atau projektor pico. Permintaan bagi peralatan ini dipertingkatkan lagi dengan dua trend mega semasa yang memerlukan komponen optik yang serba canggih: "wearables atau boleh pakai" – peranti komputer mikro yang dipakai pada badan dan membantu di dalam kegiatan harian -- dan "internet untuk segala-galanya (IoT)" -- satu rangkaian objek fizikal pintar yang semakin menggantikan komputer. Vogt menjelaskan, "Bukan sahaja komponen kami membantu memudahkan rutin harian -- kadang-kala, pembangunan produk baharu seperti itu mungkin tidak dapat dilakukan tanpa komponen kami." Proses pembangunan produk ini sering direka untuk pengeluaran kuantiti yang sangat besar dan adalah sangat mencabar dan dibuat mengikut keadaan.

Lebih ramai kakitangan terlatih

Vogt menekankan bahawa tapak baharu di Malaysia akan akhirnya turut mengukuhkan tapak-tapak di Eropah: "Mengembangkannya ke Asia secara khusus meningkatkan pembangunan produk baharu, kemahiran dan pengetahuan di Jena dan Balzers, di mana kami terutamanya bekerja pada produk-produk baharu sehingga mereka bersedia untuk pengeluaran bersiri. Ini membuka peluang-peluang baharu untuk tapak-tapak di Eropah dan memudahkan perkembangan positif yang berterusan. Oleh itu, keperluan untuk mendapatkan pekerja baharu dan berkelayakan tinggi akan terus meningkat." Pembangunan syarikat itu sejak beberapa tahun yang lalu menunjukkan trend ini: Sejak peralihan semula Optics Balzers kepada berdikari pada tahun 2009, pendapatan meningkat daripada kurang dari 30 juta Swiss francs kepada kira-kira 40 juta Swiss francs pada tahun 2015. Dengan permulaan pengeluaran di Malaysia, sudah pasti akan ada peningkatan yang ketara di dalam pendapatan keseluruhan pada tahun ini dan terutamanya pada tahun hadapan, yang seterusnya memberi kesan kepada bilangan pekerja.

Optics Balzers (yang terletak di Wilayah Liechtenstein) telah menjadi rakan pilihan bagi menyediakan lapisan dan penyelesaian optik yang berinovatif selama 70 tahun. Bersama-sama dengan anak syarikatnya di Jena (Jerman) dan Pulau Pinang (Malaysia), Optics Balzers adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembekalan lapisan dan komponen optik. Syarikat berteknologi tinggi itu yang berpangkalan di Liechtenstein memberi tumpuan kepada pasaran terpilih seperti Automotif, Sensor & Imejan, Biofotonik, Ruang Angkasa & Pertahanan, Lampu & Unjuran, dan Aplikasi Industri. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mencakupi daripada lapisan optik dan pemprosesan kaca, teknologi corak dan perekatan kepada pengeluaran subpemasangan optik yang lengkap dan diakui sebagai unik di seluruh dunia. Optics Balzers mempunyai kira-kira 220 kakitangan di seluruh dunia.

Maklumat tambahan: www.opticsbalzers.com

Hubungi
Optics Balzers
Dirk von Frajer
Ketua Pegawai Pemasaran
Talian terus +423-388-9211
media@opticsbalzers.com
 
Sumber: Optics Balzers

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161121005392/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.