ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  SATU LAPORAN YANG DITERBITKAN OLEH AKADEMI SAINS SOSIAL CHINA MENYATAKAN YANJI ADALAH HAB BAHARU BAGI PELABURAN DI TIMUR LAUT ASIA

Monday 21/11/2016

AsiaNet 66598

YANJI, China, 21 Nov., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Yanji telah menjadi satu daripada bandar raya yang paling popular di dalam menarik pelaburan di rantau Timur Laut Asia. Kejayaan ini telah dibuat melalui usaha berterusan di dalam membangunkan sektor perkhidmatan, mengoptimumkan struktur industri dan mempercepatkan kadar pembukaan. Sementara itu, ia telah menerokai satu cara yang lebih baik bagi bandar raya bersaiz kecil dan sederhana untuk berkembang.
 
Satu laporan yang diterbitkan baru-baru ini oleh Akademi Sains Sosial China menyatakan bahawa Yanji telah menjadi satu-satunya bandar raya di Timur Laut China yang diberi penghormatan dengan kedua-dua "100 Bandar Raya/ Negara Utama Kebangsaan dengan Potensi Pelaburan" dan "100 Bandar Raya/ Negara Utama Kebangsaan dengan Daya Saing Komprehensif di dalam Ekonomi". Ini melambangkan bahawa Yanji telah menjadi sebuah pemacu yang semakin mantap di dalam memimpin dan menyokong pembangunan ekonomi di kawasan pedalaman Timur Laut Asia.
 
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Yanji juga telah memberi penekanan kepada pembinaan infrastruktur pengangkutan untuk mempercepatkan lagi proses penyambungan di dalam negara-negara Timur Laut Asia. Terdapat lebih 26 laluan udara yang menghubungkan Yanji dan bandar raya utama di rantau itu, seperti Beijing, Shanghai, Seoul, Busan, Pyongyang, Osaka dan Vladivostok. Yanji, sebuah bandar raya utama di mana orang ramai, barangan dan maklumat di Timur Laut Asia berkumpul, telah menjadi sebuah barisan hadapan di kalangan kebanyakan wilayah pedalaman China yang berusaha untuk menubuhkan Pembukaan Zon Perintis, Zon Demonstrasi Industri Baru Muncul dan Zon Ekonomi Ekologi.
 
Cai Kuilong, Pemangku Datuk Bandar Yanji, berkata, Yanji akan terus menonjolkan peranan projek itu bagi mempercepatkan transformasi dan menaik taraf industri berkenaan, untuk meningkatkan kekuatan menyeluruh, dan bagi menarik lebih banyak perniagaan domestik dan antarabangsa untuk melabur.
    
Sumber: Jabatan Publisiti Perbandaran Yanji 


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.