ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  KUGIRAN AMATUR YANG MEWAKILI LAPAN NEGARA/WILAYAH KEBANYAKANNYA DI ASIA BERSAING UNTUK KEDUDUKAN NO.1

Wednesday 09/11/2016



AsiaNet 66444

HAMAMATSU,  Jepun, 8 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
- Keputusan Pertandingan Kugiran Asian Beat 2016 Diumumkan, Sebuah Kugiran "Gift" Yang Mewakili Korea Selatan Memenangi Hadiah Utama -

Pada 5 November, Yamaha Corporation menganjurkan Pertandingan Akhir Asian Beat 2016 di Tokyo Big Sight untuk menentukan kugiran amatur yang terbaik dari lapan buah negara dan wilayah, kebanyakannya di Asia.

Kesemuanya, lapan kugiran telah dipilih untuk mempamerkan bakat dan keunikan mereka sebagai wakil negara atau wilayah di Asian Beat 2016 selepas memenangi pusingan akhir pertandingan tempatan di mana 661 buah kugiran telah bertanding. Asian Beat mengalu-alukan seorang pemain bes yang bertaraf dunia, Encik Nathan East, sebagai seorang hakim jemputan untuk menilai setiap kugiran.

Hadiah Utama telah dianugerahkan kepada "Gift", sebuah kugiran dari Korea Selatan yang sangat dipuji kerana bunyi yang mengagumkan dan persembahan mereka yang bertaraf tinggi,  baik sebagai individu dan juga sebagai sebuah kugiran, dan kualiti lagu asal mereka. Hadiah Kedua telah dianugerahkan kepada "leMeow" yang mewakili Kanada, dan Hadiah Ketiga kepada "POSEIDON" yang mewakili Malaysia.

Persembahan kugiran yang menang itu dijadual akan dimuat naik ke Laman web* Asian Beat pada akhir November ini.

*Laman web Asian Beat: http://asia.yamaha.com/en/about_yamaha/asianbeat/
 
(Foto 1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100577/201611086036/_prw_OI1fl_C4lkwfbH.JPG)
 
Keputusan Pertandingan
Hadiah Kumpulan
                              Negara/ Wilayah    Nama Kugiran
 Hadiah Utama           Korea Selatan         "Gift"
 Hadiah Kedua            Kanada                   "leMeow"
 Hadiah Ketiga            Malaysia                 "POSEIDON"
 
Hadiah Individu
                              Negara/ Wilayah     Nama (Nama Kugiran)
 Pemenang              Korea Selatan         Seung Tae ("Gift")
 
Pemenang Hadiah Utama: "Gift" (Korea Selatan)
(Foto 2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100577/201611086036/_prw_OI2fl_0UI6a2z2.JPG)
 
Hadiah Kedua: "leMeow" (Kanada)
(Foto 3:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100577/201611086036/_prw_OI3fl_nNlNMPaf.JPG)
 
Hadiah Ketiga: "POSEIDON" (Malaysia)
(Foto 4:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100577/201611086036/_prw_OI4fl_nDJ67Rxy.JPG)
 
Gambaran Keseluruhan Acara
Nama Acara:          Asian Beat 2016
Tarikh & Masa:    4 Petang - 6:30 Petang, Sabtu, 5 November, 2016 (Pintu Dibuka 3:30 Petang)
Venue:                   Tokyo Big Sight (3-4-10 Ariake, Koto-ku, Tokyo)
Negara:                  Kanada, tanah besar China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan,
                              Malaysia, Singapura, Ukraine
Hakim Jemputan:    Nathan East (Pemain Bes)
Hadiah:     
 Hadiah Utama:       $3,000 Baucar Alat Muzik Yamaha
 Hadiah Kedua:        $1,500 Baucar Alat Muzik Yamaha
 Hadiah Ketiga:        $1,000 Baucar Alat Muzik Yamaha
 Hadiah Individu:     $1,000 Baucar Alat Muzik Yamaha
 
Penaja Acara: Yamaha Corporation
 
(Foto 5:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100577/201611086036/_prw_OI5fl_8eu63GDA.JPG)
 
Asian Beat
Asian Beat adalah satu pertandingan dunia yang ditaja oleh Kumpulan Yamaha untuk menentukan kugiran Nombor 1 daripada pertandingan kugiran amatur yang dihoskan di negara-negara dan wilayah kebanyakannya di Asia. Yamaha Corporation menyediakan kepada kugiran amatur dengan venue untuk beraksi dalam satu format pertandingan untuk menggalakkan persembahan kugiran dan aksi kugiran kebangsaan. Peraduan ini, yang bermula sebagai Band Alert pada tahun 1998, menandakan edisi ke-19 bagi persaingan itu.
 
Laman web Yamaha: https://www.yamaha.com/en/
 
Sumber: Yamaha Corporation
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.