ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MARATON CHIBA AQUALINE 2016 DIJADUALKAN PADA 23 OKT.

Friday 21/10/2016



AsiaNet 66210

CHIBA, Jepun, 21 Okt., 2016 /Kyodo JBN/ --

- Kedua-dua Pelari dan Penyokong Boleh Menikmati Acara Yang Dipenuhi dengan Tarikan Chiba –

"Maraton Chiba Aqualine 2016" akan diadakan di bandar raya Kisarazu dan Sodegaura, Wilayah Chiba, pada 23 Oktober 2016.

Kira-kira 17,000 peserta dari Jepun dan luar negara akan berlari di Lebuh raya Aqua-line Teluk Tokyo, yang melintasi Teluk Tokyo dan mempunyai satu pemandangan panorama laut dan langit, di tengah-tengah bayu laut.

Foto bagi maraton sebelum ini:

(Foto 1:

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201610205478/_prw_OI1fl_AoBNR216.jpg)

(Foto 2:

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201610205478/_prw_OI2fl_zZv16Rf5.JPG)

(Foto 3:

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201610205478/_prw_OI3fl_4rL9r6rG.JPG)

(Foto 4:

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201610205478/_prw_OI4fl_3hTP4PEx.JPG)

Satu acara separuh maraton berkerusi roda akan diadakan semasa acara ketiga yang akan datang di samping larian maraton penuh dan separuh maraton. Pengunjung boleh menikmati makanan dan masakan istimewa tempatan di sebuah kawasan di mana gerai-gerai akan didirikan serta pelbagai aktiviti di sebuah pentas khas di tempat acara.

1. Tarikh: Ahad, 23 Oktober, 2016 (9:55-16:00)

 Masa permulaan:

 - Separuh maraton berkerusi roda: 9:55

 - Maraton & Separuh Maraton: 10:00

2. Laluan

(1) Laluan maraton

    Tempat permulaan: di hadapan Taman Shiohama di Kisarazu

    Sasaran: Bekas Dewan Bandar Raya Kisarazu

(2) Separuh maraton & maraton berkerusi roda

    Tempat permulaan: di hadapan Taman Shiohama di Kisarazu

    Sasaran: Pelabuhan Perikanan Ushigome di Kisarazu

3. Laman web mengenai "Maraton Chiba Aqualine 2016"

 http://chiba-aqualine-marathon.com/2016/en (Bahasa Inggeris)

 http://chiba-aqualine-marathon.com/2016/tcn (Bahasa Cina Tradisional)

 http://chiba-aqualine-marathon.com/2016/scn (Bahasa Cina dipermudahkan)

Sumber: Jawatankuasa Perancangan Maraton Chiba Aqualine (Bahagian Sukan dan Pendidikan Jasmani, Kerajaan Wilayah Chiba)

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.