KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (
Malaysian Qualifications Agency, MQA) mendapati terdapat pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab mendakwa sebagai agen Pengakreditan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (
Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) yang dilantik oleh MQA.
MQA ingin menafikan pernah melantik mana-mana pihak luar untuk bertindak sebagai agen MQA dalam urusan penilaian APEL. MQA sekali lagi ingin mengingatkan orang ramai untuk berhubung terus dengan MQA atau
Pusat Penilaian APEL yang telah dilantik oleh MQA iaitu Wawasan Open University dan Open University Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai APEL, layari
www.mqa.gov.my/APEL.
SUMBER : AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Pegawai MQA Nama : Puan Noor Hazirah Mohamed Yunus Tel : 03-7968 2253 Emel : hazirah@mqa.gov.my Nama : Puan Izzatyliyana Ashaari Tel : 03-7968 3315 Emel : izzatyliyana@mqa.gov.my --BERNAMA