ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PAMERAN BERGERAK THE RENEWABLES ACADEMY AG (RENAC) MENERANGKAN PENYEPADUAN GRID BAGI TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

Friday 21/10/2016



BANGKOK, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Bergerak The Renewables Academy AG (RENAC) "Penyepaduan Grid bagi Tenaga Boleh Diperbaharui" telah dibentangkan pada “Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui berasaskan Komuniti Thai-Jerman kedua 2016” di Bangkok (Thailand) yang dianjurkan bersama oleh Deutsche Gesellschaft für internationale Zusammenarbeit (GIZ) dan Kementerian Tenaga Thailand (MoEN). Pameran itu menjelaskan mengenai isu yang sangat kompleks berhubung penyepaduan grid bagi angin yang banyak dan fotovoltan solar ke dalam grid elektrik dalam satu cara yang mudah. Pameran itu amat dialu-alukan oleh  150 peserta persidangan. Selepas majlis berkenaan, pameran bergerak itu akan dipamerkan selama beberapa minggu di kawasan MoEN.

RENAC, sebuah pakar antarabangsa di dalam pembinaan keupayaan bagi tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, telah membangunkan pameran komprehensif ini. Di Thailand dan juga di negara-negara lain di seluruh dunia, penyepaduan bagi tenaga boleh diperbaharui ke dalam grid elektrik adalah satu daripada topik hangat di seluruh industri. Dengan kadar yang semakin meningkat bagi fotovoltan dan tenaga angin di dalam grid, satu pemahaman yang mendalam mengenai keunikan sebuah sistem tenaga diperlukan untuk memastikan operasi yang selamat dan berterusan bagi grid elektrik. Menurut Berthold Breid (Ketua Pegawai Eksekutif RENAC), "pameran itu menggabungkan unsur-unsur grafik dengan teks didaktik yang dibentangkan pada 15 sepanduk. Ini membantu untuk menjelaskan topik yang sangat kompleks itu kepada khalayak yang luas yang tidak memiliki latar belakang teknikal."

Pameran itu adalah sebahagian daripada program pembangunan kapasiti selama tiga tahun “CapREG – Pembangunan Keupayaan bagi Tenaga Boleh Diperbaharui dan Penyepaduan Grid” yang dibiayai oleh Kementerian Persekutuan Jerman bagi Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam, Bangunan dan Keselamatan Nuklear (BMUB) di dalam Inisiatif Iklim Antarabangsa Jerman (IKI). CapREG bertujuan memindahkan pengetahuan menyeluruh mengenai bagaimana tenaga boleh diperbaharui dan penyepaduan grid oleh jenis latihan yang berbeza yang diberikan kepada profesional dari Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Ecuador, Mexico dan Peru. Sejak tahun 2014, RENAC, yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan CapREG, telah memberikan biasiswa kepada lebih 100 profesional daripada sektor awam dan swasta di Thailand untuk mengambil bahagian di dalam latihan itu.

Pameran bergerak itu melengkapkan aktiviti membina kapasiti di dalam CapREG. Bersama-sama dengan rakan kongsi tempatan mereka di Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Mexico, Ecuador dan Peru pameran bergerak itu telah dibentangkan semasa beberapa acara berkaitan tenaga di sepanjang tahun 2016.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.renac.de/en/current-projects/capreg/mobile-exhibition.html  

 

Lihat versi sumber di  businesswire.com:   http://www.businesswire.com/news/home/20161020005815/en  

 

Hubungi

Renewables Academy AG
Cecilia Strandberg (Cik)
Pengurus Projek CapREG
E-mel: strandberg@renac.de
Telefon: +49 (0) 30-52 689 58 70

SUMBER  : Renewables Academy

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.