ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TELEFóNICA GROUP MEMILIH XURA SEBAGAI RAKAN KONGSI PEMESEJAN GLOBAL

Friday 21/10/2016



Pengawal Mesej Xura (MCO) adalah sedia NFV dan menggabungkan firewall SMS generasi berikut bagi kawalan spam dan penipuan

WAKEFIELD, Mass, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc., iaitu peneraju terkemuka perkhidmatan komunikasi digital, hari ini mengumumkan perjanjian dengan Telefónica Group untuk menjadi rakan kongsi pemesejan global seluruh negara1 dioperasi oleh multinasional. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Xura akan menghantar penyelesaian Pengawal Mesej (MCO) di seluruh jaringan Telefónica yang akan memainkan peranan utama dalam evolusi infrastruktur pemesejan operator.

Membolehkan perkhidmatan SMS dan MMS bagi Telefónica Group, Pengawal Mesej Xura juga boleh digunakan sebagai pad pelancar bagi perkhidmatan berasaskan IP pada masa depan dan akan menyediakan rangkaian meluas fungsi penghalaan pintar dan analisis senario bagi mencetus pengendalian dan mengoptimumkan trafik mesej yang canggih.

Tambahan lagi, dengan Pengawal Mesej Xura, Telefónica akan mengaktifkan firewall SMS Xura generasi berikutnya termasuklah modulSpamShield, melaksanakan teknik mengesan spam dan penipuan masa sebenar, algoritma belajar kendiri yang unik dan menyediakan pemahaman mendalam sesebuah jaringan.

Pengawal Mesej Xura akan berintegrasi secara fleksibel di dalam seluruh ekosistem jaringan Telefónica bagi mengurangkan kerumitan dan menyediakan kecekapan optimum bagi pulangan pelaburan yang lebih besar (ROI) dan oleh sebab penyelesaian adalah secara maya sepenuhnya, ia boleh dihantar ke dalam persekitaran NFV (Network Function Virtualization) meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos.

"Perkongsian kami dengan Telefónica Group telah menjangkau melebihi daripada sepuluh tahun, oleh itu kami sangat gembira memeterai perjanjian eksklusif ini bagi mengukuhkan perhubungan berpanjangan kami. Bukan sahaja ini akan merangka infrastruktur pemesejan Telefónica yang terbukti pada masa depan, malahan skop terbaru ini bermakna kami akan melindungi jaringan mereka dan melindungi mereka daripada sebarang aktivtiti penipuan, begitu juga menyokong mereka semasa mereka berpindah ke NFV,” kata Philippe Tartavull, Ketua Pegawai Operasi di Xura, Inc.

1 Eksklusif untuk Argentina, Chile, Ecuador, Colombia, Venezuela, Amerika Tengah, Mexico, Uruguay, Peru, Spain dan Jerman. Telefonica Brazil (Vivo) dan UK (O2) tidak termasuk di dalam klausa eksklusif perjanjian.

Mengenai Xura, Inc.
Xura, Inc menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang membolehkan komunikasi global merentasi pelbagai peranti mudah alih dan platform. Kami membantu pembekal perkhidmatan komunikasi dan perusahaan menavigasi dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital untuk mencipta pengalaman baharu dan inovatif melalui tawaran berasaskan awan kami. Penyelesaian kami menjangkau lebih daripada tiga bilion orang melalui 350+ penyedia perkhidmatan dan perusahaan di 140+ negara. Anda boleh menemui kami di Xura.com.

SUMBER : Xura, Inc. 

--BERNAMA 

 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.