ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR PAKEJ KECIL FOTORELAY VSON4 DENGAN SUHU OPERASI MAKSIMUM 110 DARJAH CELSIUS

Friday 30/09/2016



Suhu operasi diperluaskan untuk memenuhi permintaan bagi aplikasi yang menggunakan suhu operasi yang lebih tinggi, termasuk penguji semikonduktor
 
TOKYO, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation’s (TOKYO:6502) Storage & Device Solutions Company  hari ini mengumumkan pelancaran barisan baru pakej fotorelay “Siri VSON4" lebih kecil yang memanjangkan hujung atas julat operasi daripada 85 kepada 110 darjah Celsius. Penghantaran fotorelay baru,yang boleh digunakan dalam aplikasi termasuk penguji semikonduktor, kad siasatan dan penggantian untuk geganti mekanikal, bermula hari ini.
 
Penggunaan fotorelay pada suhu yang lebih tinggi semakin meningkat dalam pelbagai aplikasi, termasuk penguji semikonduktor. Bagi memenuhi permintaan itu,   suhu operasi 12 produk di dalam pakej kecil 2.45mm (L)×1.45mm (W)×1.3mm (H)  "Siri VSON4" telah dilanjutkan daripada 85 darjah kepada 110 darjah Celsius, untuk jumlah julat -40 kepada 110 darjah Celsius. Para pereka boleh mengambil kesempatan daripada ciri-ciri lanjutan untuk mereka bentuk set dengan margin reka bentuk yang diperluaskan.
 
Sila klik di sini untuk Barisan dan Spesifikasi Utama
 
Ikut pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk-produk baru dan fotorelay Toshiba.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan dan Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat orang untuk dihubungi adalah betul pada tarikh pengumuman ini tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Diwujudkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Tersedia:  http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51430571&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160930005192/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.