PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden kemalangan kereta api di Terminal Hoboken di New Jersey pada 29 September 2016.
Laporan menunjukkan bahawa kereta api Transit New Jersey tersebut telah merempuh stesen di Hoboken pada awal pagi semasa waktu puncak dan telah mengakibatkan seorang terbunuh dan lebih 100 cedera.
Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau perkembangan insiden tersebut sewajarnya.
PUTRAJAYA
SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Azreey Abu Kasim Penolong Pengarah Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Negeri Malaysia Emel : azreey@kln.gov.my --BERNAMA |