ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MALAYSIA CEMERLANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Thursday 15/09/2016



KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Sebanyak 39 kumpulan dari 20 agensi kerajaan dan 19 organisasi swasta terus unggul di persada dunia apabila meraih Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2016 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
  
Kesemua pasukan yang mewakili Malaysia ini merekodkan kos penjimatan sebanyak RM72 juta selepas berentap dengan 314 kumpulan dari 11 buah negara lain yang terdiri dari Bangladesh, China, Filipina, India, Indonesia, Jepun, Korea, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, dan Thailand.
  
Konvensyen ICQCC merupakan acara tahunan yang diadakan di peringkat antarabangsa di dalam jaringan kawalan kualiti (QC) yang berkongsi amalan terbaik pelbagai inisiatif peningkatan produktiviti, kualiti, inovasi, penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelangan dari  seluruh negara.  ICQCC mula dianjurkan pada tahun 1975 dengan penglibatan 13 negara anggota. 
 
Pada tahun ini, The Association of Quality Control Headquarters Thailand menjadi tuan rumah dan program ini telah dilangsungkan dari 23-25 Ogos lalu di Hotel Grand Centara, Bangkok, Thailand yang bertemakan ‘Enhancing Workforce and Organisational Performance’. 
 
Antara kumpulan yang berjaya merekodkan penjimatan tertinggi adalah Kumpulan Molecules daripada Petronas Gas Bhd dengan penjimatan RM49 Juta bagi projek Frequent Cold Box Strainer Cleaning dan Kumpulan Durrah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan catatan penjimatan sebanyak RM16 Juta melalui projek High Cases of Cataract patients Not Receiving Treatment.  Manakala Kumpulan Pulse BHS daripada Malaysia Airport Holdings Berhad merekodkan penjimatan RM 1.8 Juta bagi projek Timing Belt/pulley Miss-alignment.
  
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku penganjur dari Malaysia, mensasarkan ICQCC 2016 untuk mencapai matlamatnya dimana menanda aras pencapaian projek Kecemerlangan Pasukan atau “Team Excellence” yang dilaksanakan oleh peserta Malaysia dari aspek pemilihan tajuk projek, penggunaan alat dan teknik penyelesaian secara kreatif dan inovatif berbanding dengan kumpulan dari negara lain. 
 
Menurut En. Ab. Rahim Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah MPC, pencapaian kali ini sangat memberangsangkan dimana 39 kumpulan memenangi anugerah emas berbanding dengan 13 kumpulan pada tahun 2015. Beliau berharap lebih banyak agensi dapat mengambil bahagian dalam konvensyen ini bagi berkongsi projek peningkatan produktiviti berimpak tinggi dari Malaysia dan seterusnya menanda aras amalan terbaik dari negara-negara lain. 
 
Pada tahun 2017, Konvensyen ICQCC akan diadakan di Hotel Marriott, Pasay City, Filipina.
  
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.
 
Sumber : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Vimala Muniandy 
Tel : 012 2435208
Faks : 03-7954 0795  
Emel : vimala@mpc.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.