ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA LANCAR ALAT PEMPROSES VIDEO UNTUK PANEL AUTOMOTIF BERESOLUSI TINGGI

Thursday 25/08/2016



- Merealisasikan paparan pada panel HD Penuh dan memaparkan secara serentak pada dua panel -

TOKYO, 25 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TC90175XBG," satu penambahan baharu kepada barisan alat pemproses video untuk paparan automotif beresolusi tinggi. Penghantaran sampel bermula hari ini, dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada separuh pertama tahun kewangan 2017.

Paparan maklumat sokongan pemandu semakin digunakan di dalam kenderaan, untuk aplikasi selain daripada pengemudian, menyebabkan permintaan untuk panel yang lebih besar dan beresolusi lebih tinggi.

Alat pemproses baharu Toshiba "TC90175XBG" mempunyai satu susun atur pin yang serasi dengan "TC90195XBG" yang telah dilancarkan yang menyokong komposisi bagi dua gambar dalam satu paparan tunggal. "TC90175XBG" mempunyai sebuah memori kerangka yang dikurangkan dan mensasarkan aplikasi yang tidak memerlukan komposisi dua gambar. Pengguna boleh memilih IC mengikut aplikasi yang dikehendaki.

Alat pemproses video baharu itu menyokong panel HD Penuh (resolusi 1920x1080), yang menambah baik ke atas sokongan bagi VGA yang lebih luas (800x480) untuk produk awal syarikat (1) itu. Ia juga boleh menghasilkan output serentak bagi dua isyarat video digital, kepada sebuah panel HD Penuh dan sebuah panel XGA yang luas; output produk (1)  yang lebih awal hanya mempunyai satu isyarat.

Dalam melangkah ke hadapan, Toshiba akan terus memperluaskan barisan IC pemprosesan video automotif mereka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ciri-ciri Utama

1. Sokongan untuk panel resolusi HD

Menyambung kepada panel beresolusi tinggi HD Penuh (1920x1080).

Susun atur pin serasi dengan "TC90195XBG" yang ada sekarang, sekali gus membolehkan pengguna untuk memilih IC yang sesuai dengan aplikasi mereka.

2. Mod pemisahan gambar dan dua output bebas

Ia boleh mengasingkan isyarat dan output mereka secara bebas kepada dua panel, pada resolusi termasuk 1920x1080 (output LVDS) dan 1366x768 (output LVTTL).

3. Litar pembaik gambar baharu yang dibina dalam

Satu "kawasan litar pembetulan gama boleh suai" yang baharu meningkatkan kontras.

Ia merealisasikan satu tahap kualiti kontras yang melepasi produk (2)Toshiba sebelum ini.

 

* 1: Berbanding dengan "TC90197XBG" dan alat pemproses video Toshiba yang lain yang menyokong VGA luas (800x480).

* 2: Berbanding dengan alat pemproses video Toshiba yang lain, termasuk "TC90195XBG."

 

 

Spesifikasi Utama

 

Isyarat * Ciri-ciri Input / Output

 

Saluran

Input Analog: Komposit (10-bit AD Penukar)

 

1

Input Digital: LVDS (Dwi atau tunggal 2ch, sehingga 100MHz)

 

1

Input Digital: RGB (Sehingga 85MHz, 8bit x 3)

 

1

Input Digital: YUV (Sehingga 85MHz, 8bit x 3)

 

1

Output Digital: LVDS (Dwi atau tunggal 2ch, sehingga 100MHz)

 

1

Output Digital: RGB (Sehingga 80MHz, 8bit x 3)

 

1

Output Digital: YUV (Sehingga 80MHz, 8bit x 3)

 

1

Dekoder Pelbagai Warna (NTSC, PAL, SECAM )

 

1

Pembaik Gambar
(Gama YC Dinamik, Pengurusan Warna, Peningkat HVD)

 

2

Alat Kawalan Pemasaan

 

1

Voltan Bekalan Tenaga

 

1.2V / 3.3V

 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC90175XBG&region=apc&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai alat pemproses video automotif Toshiba, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/video-processor.html

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur & Pemasaran
Tel: +81-44-548-2826
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51407817&lang=en

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20160825005420/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.