ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEJADIAN GEMPA BUMI DI CHAUK, MYANMAR 24 OGOS 2016

Thursday 25/08/2016



PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang berlaku di Chauk, di tengah Myanmar pada Rabu, 24 Ogos 2016 pada jam 5.04 petang waktu tempatan. Chauk terletak di Daerah Magway, kira-kira 198 km daripada Mandalay dan 650 km daripada Yangon.
 
Bandar Bagan juga dilaporkan turut mengalami kerosakan. Menurut laporan rasmi, sebanyak 94 kuil Buddha dan kawasan arkeologi telah rosak akibat insiden gempa bumi tersebut. Bangunan di bandar Yangon dan Nay Pyi Taw juga mengalami keretakan dan kerosakan.
 
Kedutaan Malaysia di Yangon sedang memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan kejadian ini dari masa ke semasa.
 
SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kasim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Emel : azreey@kln.gov.my

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.