ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KEJADIAN GEMPA BUMI DI ITALI

Thursday 25/08/2016



PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Pada 24 Ogos 2016, jam 3.37 pagi, satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Itali. Gempa bumi tersebut berlaku di daerah Amatrice dan Accumoli yang terletak di Wilayah Umbria, 100 km timur laut Rom.

Kedutaan Besar Malaysia di Rom mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden ini. Pihak Kedutaan Besar akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Itali untuk sebarang maklumat serta perkembangan terkini mengenai kejadian tersebut.

Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Itali, khususnya kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terkorban.

PUTRAJAYA

 

SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kasim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Emel : azreey@kln.gov.my

 
--BERNAMA

 

 
 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.