ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  HONOR MEMACUKAN PERTUMBUHAN TELEFON PINTAR DUNIA DENGAN PELANCARAN HONOR 8

Wednesday 17/08/2016



Honor 8 yang baharu sebagai telefon perdana mengukuhkan kehadiran Honor di peringkat dunia dan memperkenalkan duta globalnya, Brooklyn Beckham
 
SAN FRANCISCO, Aug 17 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini di Akademi Sains California, Honor, sebuah jenama telefon pintar global yang menyasarkan pengguna milenium, melancarkan Honor 8 yang baharu, telefon pintar perdana bagi Honor untuk pengguna telefon bimbit muda dalam mencari sesuatu yang luar biasa. Di samping itu, Brooklyn Beckham telah diumumkan sebagai duta global bagi Honor, dengan mengeluarkan filem ala dokumentari beliau.
 
Sejak dilancarkan pada Disember 2013 – hanya dua tahun yang lalu - Honor telah mencapai pertumbuhan yang mengagumkan dan telah berkembang sebagai sebuah pemimpin e-jenama yang berinovatif. Produk-produknya kini boleh didapati di lebih 74 buah negara. Honor 8 dilancarkan di China pada Julai dan tidak lama lagi akan dilancarkan di Eropah. Setelah menghantar lebih 40,000,000 unit pada tahun 2015, Honor telah berkembang 100 peratus tahun ke tahun, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai e-jenama global yang terkemuka.
 
"Honor sentiasa komited kepada golongan mereka yang muda di hati, memberi kuasa kepada mereka untuk mencapai matlamat mereka, dan juga berkongsi perspektif mereka yang unik. Model perniagaan kami adalah mudah – untuk mencipta teknologi terbaik yang ada bagi memenuhi keperluan pengguna digital dan menjadi jenama pilihan di kalangan golongan milenium. Kami benar-benar melihat diri kami sebagai pemangkin yang membantu anak muda menerokai dunia, merangsangkan potensi mereka dan memenuhi impian mereka," kata George Zhao, presiden bagi Honor Global.
 
Sebagai sebuah jenama digital yang pertama, Honor secara strategik mengimbangi ciri-ciri inovatif dan berprestasi tinggi dengan reka bentuk segar dan suatu titik harga yang menarik. Pendekatan ini adalah jelas di dalam Honor 8, dengan luarannya yang cantik dan dalamannya yang pintar. Reka bentuknya yang menawan dan teknologi kaedah gaya baharu termasuk sebuah kamera dwi-kanta 12MP, dengan kedua-dua warna dan sensor monokromatik yang merakamkan imej yang lebih tajam dan lebih jelas. Di samping itu, terdapat juga fungsi sentuhan yang serba boleh dengan tahap empat dan teknologi membaca cap jari 3D yang menyampaikan satu pengalaman yang termaju secara pantas dan selamat. Honor 8 juga dikuasakan oleh CPU 2.3 GHz octa-teras dan bateri* 3000 mAh untuk mengendalikan penggunaan aktif setiap hari.
 
"Kami mencipta Honor 8 untuk kreatif, untuk mereka yang berani. Sebagai seorang jurugambar yang bercita-cita tinggi yang mencari jalan sendiri, Brooklyn adalah wakil yang tepat bagi semangat itu," kata Zhao.
 
Sebuah jenama yang dibuat oleh golongan milenium untuk golongan milenium, Honor secara proaktif mereka bentuk pelbagai program interaksi dan aktiviti dalam bidang sukan, hiburan dan muzik untuk berinteraksi secara dekat dengan penggunanya dan bagi menggalakkan golongan muda untuk meluahkan perasaan mereka, mencabar potensi mereka dan mengejar cita-cita mereka. Honor bergandingan dengan selebriti dan pemimpin pendapat yang diiktiraf dalam pasaran utama yang memberi impak di kalangan masyarakat pengguna dan mewakili semangat yang berani dan berjiwa muda. Duta jenama Honor tambahan termasuk Kris Wu (China/Asia) dengan lebih banyak nama akan diumumkan.
 
Kebolehsediaan:
Di Amerika Syarikat, telefon pintar Android Honor 8 boleh didapati dalam warna Nilam Biru, Putih Mutiara dan Hitam Pekat. MSRPs bermula pada $399.99 untuk model 32GB dan $ 449.99 untuk model 64GB.
 
Tempahan awal akan bermula pada 17 Ogos sehingga 3 September di kedai berikut: Amazon, Best Buy, B&H Photo Video, dan Newegg dan juga di HiHonor.com/us/.
 
Untuk 60 hari yang pertama, Best Buy akan menawarkan edisi Nilam Biru secara eksklusif.
 
Pelanggan yang membuat tempahan awal bagi Honor 8 akan juga menerima hadiah kad1  $50 daripada peruncit yang mengambil bahagian.
 
1 HiHonor.com akan menawarkan rebat $50 sebagai ganti kepada kad hadiah itu.
 
Maklumat mengenai Honor
 
Honor adalah sebuah e-jenama telefon pintar yang terkemuka. Selaras dengan slogannya, "bagi yang berani", jenama itu diwujudkan untuk memenuhi keperluan golongan milenium melalui produk internet yang dioptimumkan yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, memberi inspirasi kepada tindakan, menjalin kreativiti dan memberi kuasa kepada golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dalam melakukan ini, Honor telah menetapkan diri sendiri dengan mempamerkan keberaniannya sendiri untuk melakukan sesuatu yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyambut kedatangan teknologi dan inovasi terkini bagi pelanggannya.
 
[*Kadar biasa]

Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di http://www.hihonor.com atau ikuti kami di:
 
https://www.facebook.com/USAhonor
https://www.instagram.com/HonorUSA
https://twitter.com/Honor_USA
https://www.youtube.com/HonorUSA
https://plus.google.com/HonorUSA
 
1 HiHonor.com akan menawarkan rebat $50 sebagai ganti kepada kad hadiah itu.
 
Hubungi
Racepoint Global bagi pihak Honor
Jesica Church, 415-694-6700
honor@racepointglobal.com


Sumber: Honor

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160816006372/en 
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.