ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  DATACOLORŪ MENGELUARKAN SPYDERŪ5CAPTURE PRO, PENYELESAIAN PENENTUKURAN WARNA YANG LENGKAP UNTUK PROFESIONAL PENGIMEJAN

Wednesday 17/08/2016



LAWRENCEVILLE, N.J., 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Datacolor®, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengurusan warna, hari ini mengumumkan pengeluaran Spyder®5CAPTURE PRO, generasi akan datang bagi penyelesaian penentukuran warna mereka yang popular untuk jurugambar, pereka dan kalangan profesional pengimejan. Spyder5CAPTURE PRO menampilkan kesemua ciri-ciri produk penting yang diperlukan untuk menguruskan warna daripada pengambilan imej kepada pascapenerbitan, termasuk SpyderLENSCAL, SpyderCHECKRSpyderCUBE, dan Spyder5ELITE.
  • SpyderLENSCAL membolehkan pengguna untuk menentukur gabungan kamera dan lensa, seterusnya menghasilkan fokus auto yang tepat.
  • SpyderCHECKR dan SpyderCUBE menyediakan kepada pengguna dengan peralatan rujukan untuk membolehkan kawalan kontras, imbangan putih dan warna ketika mengedit imej.
  • Spyder5ELITE menentukur paparan kepada satu standard industri, sekali gus memastikan bahawa warna imej pada skrin adalah tepat dan sentiasa sepadan dengan cetakan foto. 
"Kami tahu betapa pentingnya ketepatan warna bagi jurugambar, tetapi kami juga tahu ia boleh mengambil masa yang lama," kata Heath Barber, Pengurus Pasaran Pengimejan, Datacolor. "Spyder5CAPTURE PRO mengurangkan masa untuk mengedit dengan menyediakan kepada pengguna dengan aliran kerja yang cepat dan lancar daripada mengambil gambar kepada pascapenerbitan dengan menggabungkan peralatan pengurusan warna kami yang utama dalam satu pakej yang mudah dan menjimatkan kos."
 
Spyder5CAPTURE PRO yang baharu itu menawarkan penjimatan produk yang tergabung melebihi 30 peratus. Untuk masa yang terhad, Datacolor dan penjual semula fotografi yang mengambil bahagian kini menawarkan Spyder5CAPTURE PRO pada satu harga pengenalan sebanyak $269.99 jika dibeli sebelum 30 Sept 2016. Selepas 30 Sept 2016, Spyder5CAPTURE PRO akan dijual pada harga $369.99. (Harga tercatit ada untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah sahaja. Untuk Asia Pasifik, sila rujuk pada pembekal tempatan.) Untuk maklumat lanjut mengenai Spyder5CAPTURE PRO, sila layari datacolor.com/spyder5capturepro-pr.
 
Maklumat mengenai Datacolor
 
Datacolor, sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian pengurusan warna, menyediakan perisian, peralatan dan perkhidmatan untuk memastikan warna yang tepat bagi bahan, produk dan imej. Jenama, pengeluar dan profesional kreatif yang terkemuka di dunia telah menggunakan penyelesaian Datacolor yang berinovatif secara konsisten untuk mencapai warna yang tepat bagi tempoh lebih 40 tahun.
 
Syarikat itu menyediakan jualan, perkhidmatan dan sokongan di lebih 65 buah negara di seluruh Eropah, Amerika dan Asia. Industri yang mendapat perkhidmatan itu termasuk tekstil dan pakaian, cat dan salutan, automotif, plastik, mikroskopi, fotografi dan videografi. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.datacolor.com.
 
Hubungi
Datacolor Asia Pacific (HK) Limited
Nelson Ngai, +852-2420-8283
Pengurus Kanan Pemasaran, Asia Pasifik
nngai@datacolor.com
www.datacolor.com
atau
Datacolor Trading (Shanghai) Co., Ltd
Bonnie Zhou, +86-21-5308-6988
Pengurus Pemasaran, Pengimejan, China
bonniezhou@datacolor.com
www.datacolorchina.cn

 
Sumber: Datacolor
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51394885&lang=en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.