ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  GUANGDONG TAWAR SUBSIDI SEHINGGA 80 JUTA RMB UNTUK MEREKRUT "BAKAT-BAKAT SUNGAI PEARL"

Wednesday 10/08/2016



AsiaNet 65356
 
Guangzhou, China, 10 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Guangdong telah melancarkan projek mencari bakat global tahunannya yang dinamakan “Pelan Bakat-bakat Sungai Pearl" Guangdong 2016, yang mencari bakat-bakat terkemuka dan pasukan-pasukan keusahawanan dan berinovatif. Penerimaan permohonan akan berakhir pada 31 Ogos, dan semua pemohon perlu mengemukakan permohonan melalui laman web rasmi (http://rc.gdstc.gov.cn).
 
Ia bertujuan untuk melaksanakan strategi pembangunan yang didorong oleh inovasi di wilayah itu, dengan merekrut bakat-bakat terkemuka dari dalam dan luar negara untuk keusahawanan dan inovasi di Guangdong.
 
Menurut notis itu, bakat-bakat terkemuka dan pasukan-pasukan inovatif dan keusahawanan  hendaklah memohon dan disemak semula dalam dua kategori termasuk "Teknologi R&D dan Perindustrian" dan "Penyelidikan Asas Gunaan". Dan "Projek Pasukan Bakat Muda Global" terutamanya diwujudkan bagi pasukan inovatif dan keusahawanan.
 
Pasukan-pasukan terhebat dunia akan menerima subsidi sehingga 80 juta RMB, dan bakat-bakat terkemuka akan mendapat subsidi 6 juta yuan, termasuk dana kerja khas sebanyak 5 juta yuan, dan subsidi perumahan 1 juta yuan (selepas cukai).
 
Bakat-bakat itu perlu bekerja di Guangdong untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut selepas diperkenalkan, bakat-bakat terkemuka harus bekerja sepenuh masa di Guangdong dan pasukan-pasukan mesti memenuhi keperluan yang berkaitan berhubung kaedah kerja dan masa bekerja di Guangdong.
 
Maklumat Perhubungan:
 
Pejabat Khas bagi Pengenalan Pasukan Inovatif dan Keusahawanan, Guangdong
Jabatan Wilayah Sains dan Teknologi
Tel: +86-020- 83163919, 83163358, 83163355
Faks: +86-020- 83163914
 
Pejabat bagi Pengenalan Bakat-bakat Terkemuka, Jabatan Wilayah Guangdong bagi Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial
Tel: +86-020- 83134790, 83134791
Faks: +86-020- 83134793
 
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan berikut:
http://www.newsgd.com/news/2016-08/03/content_152976079.htm
 
Sumber: Pejabat Berita bagi Kerajaan Wilayah Guangdong
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.