ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ASIAN BANKING SCHOOL DAN OCBC BANK GANDING BAHU TINGKATKAN PIAWAIAN PROFESIONAL BIDANG PENGURUSAN KEKAYAAN

Monday 25/07/2016


Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Ong Eng Bin (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Banking School (ABS) Profesor Colyn Gardner (dua dari kanan) bersama Ketua Perkhidmatan Kewangan Konsumer OCBC Lim Wyson (paling kiri) dan Pengarah Latihan ABS Agnes Chew (paling kanan) semasa pelancaran Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC yang diadakan pada 25 Julai 2016.



KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Asian Banking School (ABS) dan OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) telah berganding bahu untuk meningkatkan tahap penguasaan pegawai bank dalam selok-belok bidang pengurusan kekayaan menerusi program latihan 13-modul yang bermula bulan depan (Ogos).
  
Usaha sama yang belum pernah dilaksanakan ini melengkapkan para pengurus hubungan OCBC Bank dengan ilmu pengurusan terbaik demi manfaat pelanggan dan juga untuk diri mereka sendiri menerusi program mampan yang membina kerjaya dan mengukuhkan perspektif. Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC akan menyampaikan maklumat tentang trend, cabaran dan peluang dalam industri. 
 
Sebanyak 12 modul yang disusun rapi akan memberi tumpuan mengukuhkan ilmu pengurus perhubungan OCBC Bank dalam aspek khidmat nasihat pelanggan dan juga pelbagai instrumen pengurusan  kekayaan yang wujud pada hari ini.
  
Selain daripada meningkatkan kualiti latihan yang diterima oleh pengurus hubungan, Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC sekali gus menggandakan masa latihan  OCBC Bank untuk pembangunan profesional pengurusan kekayaan.
  
Pelajar pada sesi pertama akan menamatkan kursus pada Januari 2017.
  
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank En. Ong Eng Bin, OCBC Bank benar-benar memberi penekanan kepada proses pembelajaran untuk memastikan pengurus hubungannya dilengkapi dengan ilmu dalam trend dan amalan industri terkini, sambil berganding bahu dengan rakan usaha sama yang terbukti.
  
“Sebagai salah sebuah bank utama dalam bidang pengurusan kekayaan, kami tahu ramai orang– termasuk pelanggan dan kakitangan yang sedia ada atau bakal pelanggan – yang mahukan kami menetapkan penanda aras bagi latihan dan pembangunan. Kerjasama dengan ABS penting kerana merupakan yang pertama sepertinya di Malaysia, yang menekankan usaha kami untuk membentuk dan memanfaatkan kemahiran kakitangan kami. Dengan cara ini, mereka akan terus menawarkan produk dan amalan pengurusan kekayaan dengan tahap kefahaman, keyakinan dan kejayaan yang lebih tinggi.
  
“Kami yakin bahawa cara paling baik untuk berbuat demikian ialah menerusi inisiatif usaha sama dengan pusat pengajian perbankan terkenal yang disokong oleh tenaga pembimbing yang dihormati dan berpengalaman. Dalam jangka lebih panjang, kami harap usaha perintis kami akan membuka jalan bagi perkembangan kerjaya holistik di kalangan kakitangan kami yang akhirnya akan meningkatkan tahap piawaian amalan pengurusan kekayaan di peringkat industri,” katanya. 
 
Ketua Pegawai Eksekutif ABS, Profesor Colyn Gardner berkata Pusat Pengajian ini teruja dengan peluang untuk terlibat dalam pakatan pertama sepertinya dalam industri untuk melatih Pengurus Hubungan OCBC Bank.
  
“OCBC Bank tidak asing dalam industri pengurusan kekayaan dan apabila mereka tampil untuk membincangkan kerjasama dalam inisiatif latihan ini, kami serta-merta dapat melihat komitmen mereka untuk meningkatkan kemahiran kakitangan mereka dan potensi besar yang wujud bagi program komprehensif seperti ini demi mengukuhkan industri ini. OCBC Bank sudah pun mempunyai program sedia ada yang cukup mantap untuk memainkan peranan ini. Kami sebenarnya membina daripada asas program tersebut, menambah baik kandungan dan mengemaskinikan metodologi latihan untuk mendekatkan lagi OCBC Bank dengan amalan terbaik yang terkini dalam bidang pengurusan kekayaan global,” katanya.  
 
Mengenai program tersebut, Prof Gardner berkata pendekatan interaktif diguna pakai untuk berkongsi pengalaman dan ilmu praktikal, dengan memberi penekanan kepada kajian kes berasaskan topik dan amalan terbaik pasaran.
  
“Dengan menyusun rapi program yang dikaitkan dengan isu semasa, kami dapat menerangkan elemen penting portfolio pengurusan kekayaan yang amat relevan kepada para peserta,” tambahnya. 
  
ABS ialah penyedia program pensijilan dan kemahiran profesional yang terkemuka dalam industri. Dengan matlamat membangunkan bakat, ABS mengkhusus dalam pendidikan perbankan profesional dan bertindak sebagai saluran bagi kandungan intelektual dan kepimpinan pemikiran dalam sektor perbankan.
  
Sumber : Asian Banking School
  
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
OCBC Bank
Nama : Eleanor Danker
Vice President
Corporate Communications
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
Tel : 03 - 2783 3642 / 012 - 259 7349
Faks : 03 - 2693 5694
Emel : EleanorD@ocbc.com 

 
Nama : Paul Chan
Assistant Vice President
Corporate Communications
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
Tel : 03 - 2783 3661 / 012 - 259 6313 
Faks : 03-2693 5694
Emel : CKChanPaul@ocbc.com
 
 
Nama : Julius Evanson
Head
Corporate Communications 
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
Tel : 03 - 2783 3655 / 012 - 243 4348
Faks : 03 - 2693 5694 
Emel : juliusevanson@ocbc.com    

 
Asian Banking School
Nama : Rafizah Abdul Rahman
Senior Manager
Corporate Communication 
Asian Banking School
Tel : 03 - 2742 7822 / 012 – 207 7370
Emel : rafizah@asianbankingschool.com 

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.