ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  JOY GLOBAL UMUM PERJANJIAN UNTUK DIAMBIL ALIH OLEH KOMATSU DALAM URUS NIAGA TUNAI BERNILAI $3.7 BILION

Friday 22/07/2016



Menyampaikan premium tunai yang cukup besar kepada pemegang saham Joy Global
 
Komatsu komited kepada pertumbuhan jangka panjang untuk Joy Global, yang akan beroperasi sebagai anak syarikat berasingan bagi Komatsu
 
MILWAUKEE, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Joy Global Inc. (NYSE: JOY) ("Joy Global"), sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian perlombongan produktiviti tinggi, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarahnya telah sebulat suara meluluskan satu perjanjian penggabungan muktamad di mana Komatsu America Corp., sebuah anak syarikat Komatsu Ltd. (TYO: 6301) ("Komatsu"), akan memperoleh Joy Global dalam satu urus niaga yang bernilai kira-kira $3.7 bilion, termasuk hutang tertunggak Joy Global. Di bawah terma perjanjian itu, pemegang saham Joy Global akan menerima $28.30 sesaham dalam bentuk tunai bagi setiap saham tertunggak untuk saham biasa yang dipegang, yang mewakili premium sebanyak 48% kepada jumlah purata wajaran harga penutup bagi saham biasa Joy Global untuk 90 hari perdagangan dan premium sebanyak 41%  kepada jumlah purata wajaran harga penutup saham biasa Joy Global bagi tempoh 60 hari perdagangan sebelum 21 Julai 2016.
 
Komatsu berhasrat untuk mengendalikan Joy Global sebagai sebuah anak syarikat Komatsu yang berasingan dan mengekalkan kekuatan jenama Joy Global. Syarikat-syarikat itu akan menyelaraskan organisasi dan operasi untuk menghasilkan sokongan pelanggan yang optimum dari ibu pejabat Joy Global di Milwaukee, Wisconsin. Produk dan perkhidmatan Komatsu dan Joy Global saling melengkapi dan gabungan organisasi itu akan terus memberi tumpuan kepada keselamatan, produktiviti dan pembaikan kos kitaran hayat bagi pelanggan. Komatsu merancang untuk memanfaatkan teknologi terkemuka bagi kedua-dua syarikat untuk meneruskan inovasi produk dan perkhidmatan bagi meningkatkan keselamatan dan produktiviti perlombongan. Di samping itu, syarikat-syarikat tersebut menggunakan strategi pelengkap dan adalah komited kepada jualan langsung dan model perkhidmatan yang bersepadu.
 
"Ini adalah satu urus niaga yang menarik yang memberikan nilai yang cukup besar dan tertentu kepada pemegang saham kami serta pilihan yang diperluaskan bagi pelanggan dan pekerja kami untuk mara ke hadapan," kata Ted Doheny, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  bagi Joy Global. "Kami percaya ini adalah perkongsian yang tepat untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan pada masa yang sama melanjutkan keupayaan kami untuk menerajui industri perlombongan dengan teknologi kaedah gaya baharu dan produk yang terbaik dalam kelasnya. Lembaga Pengarah Joy Global, dalam membuat penentuan itu, mempertimbangkan keadaan pasaran yang mencabar yang syarikat itu percaya besar kemungkinan akan berterusan. Industri perlombongan terus menghadapi tekanan kitaran daripada penawaran berlebihan komoditi dan mengurangkan permintaan pengguna akhir yang menyebabkan sekatan aliran tunai bagi kebanyakan pengeluar, sekali gus mewujudkan persekitaran yang semakin mencabar. Kami juga melihat perubahan struktur di dalam industri arang batu Amerika Syarikat dan China.
 
"Syarikat kami berkongsi budaya dan nilai-nilai yang sama," kata Doheny, "dan kami menjangkakan ramai pekerja Joy Global akan mendapat manfaat daripada peluang-peluang kerjaya yang menarik sebagai sebahagian daripada syarikat yang lebih besar dan lebih pelbagai. Bagi pihak Lembaga Pengarah Global Joy dan pasukan pengurusannya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kami yang berdedikasi di atas kerja gigih dan komitmen mereka yang berterusan dalam menyelesaikan cabaran perlombongan yang paling mencabar."
 
Syarat-syarat Penutupan
 
Urus niaga itu adalah tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim, termasuk kelulusan oleh pemegang saham Joy Global, tempoh tamat atau penamatan tempoh menunggu yang terpakai di bawah Akta Penambahbaikan Antitrust Amerika Syarikat Hart-Scott-Rodino dan kelulusan kawal selia dalam bidang kuasa lain yang tertentu. Urus niaga itu dijangka selesai pada pertengahan tahun 2017.
 
Urus niaga itu tidak tertakluk kepada mana-mana syarat pembiayaan. Komatsu mempunyai jumlah aset sebanyak JPY2,614 bilion ($25 bilion) dan jumlah ekuiti sebanyak JPY1,517 bilion ($14 bilion) setakat 31 Mac, 2016 dengan penarafan kredit A daripada S&P dan A2 daripada Moody’s.
 
Penasihat
 
Goldman, Sachs & Co. berkhidmat sebagai penasihat kewangan dan Wachtell, Lipton, Rosen & Katz berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Joy Global. Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Securities Co., Ltd. bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Komatsu, dan Arnold & Porter LLP dan Nagashima Ohno & Tsunematsu berkhidmat sebagai penasihat undang-undang.
 
Maklumat mengenai Joy Global Inc.
 
Joy Global adalah sebuah pembekal terkemuka bagi peralatan canggih, sistem dan perkhidmatan langsung bagi industri perlombongan global. Kelengkapan syarikat itu yang berjenama P&H, Joy dan Montabert adalah merupakan satu komponen operasi yang kritikal dalam pelbagai pasaran komoditi yang termasuk tenaga, batuan keras dan mineral industri. Berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat, Joy Global mempunyai 12,000 orang pekerja di 20 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.joyglobal.com.
 
Maklumat mengenai Komatsu Ltd.
 
Komatsu Ltd., ditubuhkan pada tahun 1921, adalah sebuah pembekal yang pelbagai bagi produk dan perkhidmatan penggunaan perindustrian. Walaupun kekal sebagai sebuah peneraju antarabangsa di dalam bidang kelengkapan pembinaan dan perlombongan, syarikat itu turut terlibat dalam perniagaan lain, seperti jentera perindustrian dan kenderaan, logistik, elektronik dan operasi berasaskan penyelesaian yang lain. Berpangkalan di Tokyo, Jepun, Komatsu mempunyai lebih 47,000 orang pekerja di peringkat global pada asas yang disatukan.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.komatsu.com.
 
Maklumat tambahan dan di mana untuk mendapatkannya
 
Joy Global bercadang untuk memfailkan dengan SEC satu kenyataan proksi yang berkaitan dengan urus niaga yang dipertimbangkan. Kenyataan proksi yang muktamad akan dihantar atau diberikan kepada pemegang saham Joy Global dan akan mengandungi maklumat penting mengenai urus niaga yang dipertimbangkan itu. PELABUR DAN PEMEGANG SEKURITI DISARAN UNTUK MEMBACA DENGAN TELITI DAN SECARA KESELURUHAN KENYATAAN PROKSI ITU DAN MANA-MANA DOKUMEN LAIN YANG BERKAITAN YANG DIFAILKAN KEPADA SEC APABILA IA DIPEROLEHI. Pelabur dan pemegang sekuriti boleh mendapatkan salinan percuma kenyataan proksi itu (apabila ia diperolehi) dan dokumen lain yang difailkan dengan SEC di laman web SEC di www.sec.gov.
 
Maklumat tertentu berkenaan peserta
 
Joy Global dan pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai eksekutif mereka boleh dianggap sebagai peserta di dalam mendapatkan proksi daripada pelabur Joy Global dan pemegang sekuriti yang berkaitan dengan urus niaga yang dipertimbangkan itu. Maklumat mengenai pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai eksekutif Joy Global dinyatakan di dalam kenyataan proksi mereka untuk Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham 2016 mereka dan laporan tahunan terkini pada Borang 10-K. Dokumen-dokumen ini boleh diperolehi secara percuma di laman web SEC di www.sec.gov. Maklumat tambahan mengenai kepentingan peserta dalam mendapatkan proksi berkaitan dengan urus niaga yang dipertimbangkan itu akan dimasukkan di dalam kenyataan proksi yang dicadang difailkan oleh Joy Global dengan SEC.
 
Kenyataan peringatan berhubung maklumat yang berpandangan ke hadapan
 
Komunikasi ini mengandungi maklumat yang berpandangan ke hadapan mengenai Joy Global, Komatsu Ltd. dan Komatsu America Corp. dan urus niaga yang dicadangkan itu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan adalah kenyataan yang bukan berbentuk fakta sejarah. Kenyataan-kenyataan ini boleh dikenal pasti melalui penggunaan terminologi yang berpandangan ke hadapan seperti "percaya," "jangkakan," "membolehkan," “akan," "harus," "projek," "boleh," "merancang," "matlamat," "potensi", "pro forma," "mencari," "berhasrat" atau "menjangkakan" atau istilah negatif yang senilai atau sebanding, dan termasuk perbincangan strategi, unjuran kewangan, bimbingan dan anggaran (termasuk andaian mereka yang tersembunyi), kenyataan mengenai rancangan, objektif, jangkaan atau akibat bagi urus niaga yang diumumkan, dan kenyataan mengenai pencapaian, operasi, produk dan perkhidmatan di masa hadapan bagi Joy Global dan anak-anak syarikatnya. Joy Global mengingatkan pembaca untuk tidak terlalu bergantung kepada kenyataan-kenyataan ini. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan. Oleh itu, keputusan sebenar dan pengalaman mungkin berbeza secara material daripada yang terkandung dalam mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Risiko dan ketidaktentuan itu termasuk perkara berikut: kegagalan untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham Joy Global bagi urus niaga yang dicadangkan itu; kemungkinan bahawa syarat-syarat penutupan urus niaga yang dipertimbangkan mungkin tidak memuaskan hati atau diketepikan, termasuk satu entiti kerajaan yang boleh melarang, melambatkan atau enggan memberikan kelulusan kawal selia yang diperlukan; kelewatan dalam menutup urus niaga itu atau kemungkinan urus niaga itu tidak disatukan; potensi untuk pihak berkuasa menghendaki divestitur berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan itu; berlakunya apa-apa kejadian yang boleh menimbulkan penamatan perjanjian penggabungan itu; risiko di mana litigasi pemegang saham berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan boleh menjejaskan pemasaan atau berlakunya urus niaga yang dipertimbangkan atau menyebabkan kos yang besar bagi pertahanan, ganti rugi dan liabiliti; risiko yang wujud di dalam pencapaian kos sinergi dan pemasaan itu; risiko yang berkaitan dengan gangguan kepada urus niaga bagi Joy Global dan pengurusannya; kesan daripada pengumuman urus niaga itu ke atas keupayaan Joy Global untuk mengekalkan dan menggajikan petugas penting  dan mengekalkan hubungan dengan pelanggan, pembekal dan pihak ketiga yang lain; turun naik dalam ketersediaan dan harga komoditi; keadaan pasaran modal dan ekonomi global yang sukar; risiko yang berkaitan dengan pendapatan daripada pasaran asing; gangguan, kegagalan atau kompromi dalam sistem maklumat Joy Global; dan perubahan di dalam persekitaran undang-undang dan kawal selia. Risiko-risiko ini dan perkara lain diterangkan dengan lebih terperinci dalam Laporan Tahunan Joy Global pada Borang 10-K bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Oktober, 2015, dan juga dalam Laporan Suku Tahun Joy Global pada Borang 10-Q dan dokumen lain yang difailkan oleh Joy Global dengan SEC selepas tarikh tersebut. Joy Global tidak membuat sebarang komitmen untuk menyemak semula atau mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku atau yang sedia ada selepas tarikh mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dibuat.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160721005442/en/
 
Hubungi
 
Joy Global Inc.
Analisis dan Pelabur
Sandy McKenzie, +1 414-319-8506
sandy.mckenzie@joyglobal.com
atau
Media
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
Andrew Siegel / Meaghan Repko
+1 212-355-4449
atau
Joy Global Inc.
Caley Clinton, +1 414-712-9728
caley.clinton@joyglobal.com

 
Sumber: Joy Global Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.