ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  PROGRAM CSR BAHAGIAN KEWANGAN MQA DENGAN KERJASAMA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Wednesday 01/06/2016



KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Bahagian Kewangan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 1 Jun 2016 di Menara AIM, Kuala Lumpur.

Program CSR ini merupakan usaha MQA untuk membantu golongan asnaf terutamanya ibu-ibu tunggal mempertingkatkan kehidupan mereka dengan menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. Ia juga merupakan usaha MQA untuk mendekati segenap lapisan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap peranan MQA sebagai badan nasional yang menjamin kualiti pendidikan tinggi negara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, lawatan ke rumah-rumah asnaf telah dibuat pada 26, 27 dan 30 Mei lalu untuk melihat lebih dekat kehidupan seharian mereka.

Menurut Rujhan lagi, sebanyak 10 buah keluarga asnaf yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan telah dikenal pasti semasa lawatan tersebut.  Keluarga ini menerima sumbangan daripada MQA berbentuk kombinasi barangan modal dan juga wang tunai. Tambah Rujhan, barangan modal yang disumbangkan ditentukan oleh AIM mengikut keperluan asnaf tersebut.

Dengan membantu golongan asnaf ini, Rujhan berharap mereka dapat menjana pendapatan yang lebih baik di samping berupaya memperkukuhkan tahap ekonomi masing-masing dalam jangka masa panjang.

Sila klik di sini untuk Senarai nama ASNAF

SUMBER: Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Syahrizan Shamsuddin
Ketua Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa

Tel : 03-7968 3358 / 012-3211774
Faks : 03-7956 9496 
Emel : syahrizan@mqa.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.