ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MITEL MAJUKAN KOMUNIKASI MASA NYATA UNTUK PEKERJA DAN PENGGUNA BERGERAK

Thursday 21/04/2016



Suite Baru Pusat Panggilan, Penyelesaian Awan dan Bergerak Membenarkan Persekitaran Lancar untuk Kolaborasi dan Perdagangan
  • Menjana pengguna bergerak dengan keupayaan pusat panggilan mesra telefon pintar dan sedia milenium
  • Melindungi akses mudah alih jauh ke awan dengan keupayaan keselamatan yang menyelubungi aplikasi mudah alih 4G LTE dan 5G
  • Meluaskan komunikasi masa nyata secara langsung ke dalam aliran kerja platform SaaS terkemuka
  • Meningkatkan keupayaan kampus perusahaan besar dengan alatan pengawasan, analisis dan pemberitahuan massa canggih

SAN DIEGO, April 21 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), sebuah syarikat peneraju global dalam komunikasi perniagaan masa nyata, awan dan mudah alih, hari ini mengumumkan siri inovasi mereka yang seterusnya untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan apabila syarikat terus menyampaikan teknologi dan keupayaan untuk komunikasi dan kolaborasi pertama mudah alih, didayakan awan dan tertumpu milenium.
 
Menyampaikan Pengalaman Pusat Panggilan Sedia Milenium: Kemunculan rangkaian 4G dan 5G mendorong titik kemasukan semula jadi pengguna ke dalam perniagaan melalui aplikasi mudah alih. Dengan kemunculan sepadan “Internet of Things” dan perkhidmatan mesin ke mesin, perniagaan memerlukan ketangkasan tambahan untuk menyesuaikan dengan keadaan dan berjaya. Generasi terkini MiContact Center Mitel, platform penglibatan pelanggan pertama mudah alih dan sedia milenium menyampaikan ketangkasan, mengubah setiap interaksi kepada peluang bagi membina kesetiaan pelanggan. Dengan mendayakan pengalaman pelanggan digital canggih merentasi media sosial masa nyata dan integrasi CRM, MiContact Center menawarkan pandangan bersepadu ke dalam profil pelanggan, yang boleh berjalin dengan keupayaan penghalaan berasaskan kemahiran lanjutan bagi menemui pakar dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang segera dan memuaskan.
 
Secara Lancar Menyilangi Platform Berasaskan Awan dan Komunikasi Masa Nyata: MiCloud, portfolio penyelesaian komunikasi awan terkemuka pasaran Mitel kini secara asal bersilang dengan lebih daripada 20 platform CRM berasaskan awan terkemuka bersama-sama dengan aplikasi produktiviti seperti Microsoft Office 365 dan Google Apps. Di samping itu, MiCloud juga bersepadu dengan persekitaran aplikasi berasaskan awan utama untuk HR dan pengambilan pekerja, penjual dan pengurusan francais, pengurusan kewangan dan sebagainya. Hari ini, pekerja maklumat seperti ejen pusat panggilan, sokongan pelanggan, jualan, kecemasan dan kakitangan penjagaan kesihatan terdiri daripada hampir satu pertiga tenaga kerja di seluruh dunia. Pekerja-pekerja ini bekerja secara intensif dalam aplikasi SaaS penyampaian awan dan kerap kali dari peranti mudah alih. Kini portfolio MiCloud bersepadu secara langsung ke dalam lebih banyak aliran kerja aplikasi, menyediakan akses kepada keupayaan komunikasi masa nyata tanpa pengguna perlu meninggalkan aplikasi.
 
Menjamin Keselamatan Masa Nyata Daripada Ancaman Siber: Perkembangan akses multimedia dan peningkatan berkaitan dalam penggunaan Wi-Fi dan peranti peribadi untuk komunikasi perniagaan menimbulkan cabaran tambahan apabila perniagaan berubah untuk memenuhi permintaan pekerja dan pengguna yang sedang dalam perjalanan. Dengan kerjasama Unisys, Mitel memperkenalkan teknologi keselamatan MiStealth bagi membekalkan akses mudah alih selamat ke awan kepada perusahaan dan pembekal perkhidmatan bagi memastikan mereka kekal terpelihara daripada ancaman keselamatan dan perlanggaran data. Menggabungkan kepimpinan komunikasi Mitel dengan keselamatan segmentasi dan penyulitan didorong identiti Unisys StealthTM, MiStealth membenarkan perniagaan mengawal siapa yang boleh mengakses rangkaian perusahaan berdasarkan identiti pengguna – sama ada di dalam perusahaan atau awan – di samping mengurangkan permukaan serangan dan menyediakan tahap keselamatan tinggi yang lazimnya dikaitkan dengan pelaksanaan awan persendirian. Dalam pada itu MiStealth memudahkan pengurusan keselamatan kerana pengguna boleh mengakses rangkaian awam (misalnya Internet) tanpa ancaman pendedahan kepada komunikasi masa nyata mereka. Penyelesaian ini juga bersepadu dengan klien RCS/VoLTE/VoWiFi Mitel untuk memberikan satu pengalaman lancar.
 
Menjadikan Komunikasi Kampus Besar Lebih Pintar dan Mampu: Ketika persekitaran kampus besar berusaha mengadun persekitaran berwayar dan tanpa wayar secara lancar dengan aplikasi awan dan berasaskan premis, permintaan untuk mendayakan suara gred profesional, video dan keupayaan kolaborasi telah berkembang lebih kompleks. Mitel berusaha menjadikan komunikasi masa nyata untuk kampus-kampus besar lebih pintar dan mampu dengan alatan pengawasan canggih, analisis dan pemberitahuan massa. Analisis Prestasi Mitel secara proaktif mengesan dan menangani masalah prestasi sebelum ia menjejaskan pengguna, dengan pengawasan 24/7, awasan masa nyata dan alatan pengujian untuk penyelesaian masalah yang pantas. Selanjutnya, perkhidmatan Pemberitahuan Massa Mitel menyediakan saluran komunikasi yang boleh dipercayai apabila komunikasi e-mel, teks, suara dan video konvensional gagal disebabkan oleh masalah daya pemprosesan, teknikal atau “keupayaan hubungan”.
 
Inovasi baru ini, yang ditampilkan pada acara Mitel Next di San Diego, terus menunjukkan kepimpinan Mitel dalam membentuk masa depan perusahaan mudah alih, dipacu oleh keperluan untuk menjana pengalaman pelanggan yang ditingkatkan dan secara lancar menyokong model perniagaan baru.
 
Kata-kata petikan
 
“Pengguna kami berusaha mendapatkan kemudahan telefon bimbit, kepantasan pelaksanaan dan kesenangan pengurusan yang ditemui dalam penyelesaian awan dan keupayaan letak atur desktop tradisional yang terbukti,” ujar Marcell Galatiano, anggota lembaga pengarah, Kumpulan Pengguna Mitel. “Mitel telah membuat pelaburan dalam memastikan komunikasi dan kolaborasi menjadi lancar, sama ada tanpa wayar atau berwayar, awan atau di premis, menyediakan laluan ke masa depan untuk syarikat yang diuruskannya.”
 
“Pada era 1990-an, adalah diramalkan bahawa e-mel akan menggantikan suara sebagai pilihan untuk mengendalikan pelanggan, seterusnya sembang web telah diramalkan untuk mengambil alih, paling terkini ialah media sosial,” ujar Sheila McGee-Smith, pengasas dan penganalisis utama, McGee-Smith Analytics. “Apa yang telah berlaku sebaliknya adalah syarikat dijangka cemerlang dalam saluran suara dan digital, secara tunggal dan juga gabungan. Reputasi jenama adalah amat dipengaruhi oleh keupayaan organisasi untuk memenuhi jangkaan ini, menjadikan strategi pengalaman pelanggan lebih penting berbanding sebelum ini.”
 
“Komunikasi pengguna dan di tempat kerja menjadi semakin tertumpu pada peranti mudah alih dengan pengguna rangkaian mengharapkan akses segera dan lancar kepada perkhidmatan dari mana-mana jua,” tegas Rich McBee, Ketua Pegawai Eksekutif, Mitel. “Mitel berada pada kedudukan yang unik untuk membantu perniagaan memahami cara untuk mengatasi cabaran ini dan memperoleh manfaat mengikat dan menyatukan mod komunikasi yang berbeza untuk kelajuan dan kesederhanaan yang lebih hebat.”
 
Fakta Penting
 
Bahan Berkaitan
 
Media Sosial

Twitter: Mitel mempamerkan komunikasi masa nyata untuk pekerja & pengguna bergerak pada #MitelNext di San Diego
Twitter: Pusat panggilan, penyelesaian awan dan mudah alih baharu Mitel membenarkan persekitaran lancar untuk kolaborasi dan perdagangan #MitelNext
 
Tag/Kata kunci

Perusahaan Mudah Alih, Awan, Pusat Panggilan, Pengguna Bergerak, Mitel Next
 
Mengenai Mitel

Mitel (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju pasaran global dalam komunikasi perusahaan dan mudah alih yang menjana lebih daripada 2 bilion sambungan perniagaan dan 2 bilion pelanggan mudah alih setiap hari, membantu perniagaan dan pembekal telekomunikasi mudah alih bersambung, berkolaborasi dan menyediakan perkhidmatan inovatif kepada para pelanggan mereka. Inovasi dan pakar komunikasi kami mengendalikan lebih daripada 60 juta pengguna perniagaan di lebih daripada 100 buah negara dan 130 pembekal perkhidmatan mudah alih merangkumi 15 daripada 20 syarikat telekomunikasi terbaik di dunia. Faktor itulah yang menjadikan kami unik dan satu-satunya syarikat yang berupaya menghubungkan perusahaan dan pelanggan mudah alih. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mitel.com dan ikuti kami di Twitter @Mitel.
 
Mitel ialah tanda dagangan berdaftar Mitel Networks Corporation.
 
Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
 
MITL-C

Media – Amerika
Camille Beasley
469-212-0433
camille.beasley@mitel.com


Pelabur
Michael McCarthy
469-574-8134
michael.mccarthy@mitel.com


Media – EMEA/AP
Duncan Miller
+44 (0) 1291 612 646
duncan.miller@mitel.com


Penganalisis Industri
Amy MacLeod
613-691-3317
amy.macleod@mitel.com

 
SUMBER : Mitel Networks
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.