ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  WEX PERLUAS LIPUTAN GEOGRAFI UNTUK PELANGGAN MINYAK DI ASIA

Thursday 14/04/2016



Memanfaatkan Pengalaman lebih 20 Tahun Dalam Pemprosesan Urus Niaga dan Menguruskan Portfolio Penyumberan Luar Perniagaan Sepenuhnya di Amerika Utara

SINGAPURA, 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WEX Inc. (NYSE: Wex), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pembayaran korporat, hari ini mengumumkan beberapa perkembangan utama sebagai sebahagian daripada pengembangan perkhidmatan armadanya di Asia, di mana ia telah memberi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat minyak selama hampir satu dekad.
 
Penyelesaian label putih WEX telah berkembang daripada menyediakan perkhidmatan hos dan pengurusan urus niaga untuk memproses pembayaran armada di Asia kepada menawarkan satu suite perkhidmatan baharu termasuk pembiayaan belum terima, perkhidmatan pelanggan dan kutipan bagi syarikat-syarikat minyak.
 
Dengan memanfaatkan kejayaan dan kekuatan WEX di Australia dan New Zealand, syarikat itu kini telah memperluaskan perkhidmatannya ke Guam, Saipan dan Singapura di Asia.
 
George Hogan, Naib Presiden Kanan Antarabangsa bagi WEX, berkata: "Kami amat teruja untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada syarikat-syarikat minyak di Asia yang menggunakan penyelesaian baharu kami dan terus mempercayai kami untuk mewakili jenama mereka sebagai rakan kongsi di sebalik program kad bahan api label putih mereka." Hogan berkata, "Penyelesaian kami yang mengubah industri dan perkhidmatan pelanggan kami yang telah memenangi anugerah dapat memenuhi keperluan pelanggan semasa dan pelanggan di masa hadapan di Asia yang merujuk kepada WEX untuk membantu memudahkan persekitaran bayaran yang rumit."
 
Maklumat mengenai WEX Inc.
 
WEX Inc. (NYSE: WEX) adalah sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pembayaran korporat. Daripada detik permulaannya dalam pembayaran kad armada yang bermula pada tahun 1983, WEX telah memperluaskan skop perniagaannya ke arah menjadi sebuah pembekal pelbagai saluran bagi penyelesaian pembayaran korporat yang mewakili lebih 9 juta kenderaan dan menawarkan keselamatan pembayaran yang luar biasa dan kawalan merentasi ke seluruh spektrum yang luas dalam sektor perniagaan. WEX memberi perkhidmatan kepada satu set pelanggan dan rakan-rakan melalui operasinya di seluruh dunia, dan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Brazil, United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman, Norway dan Singapura. WEX dan anak syarikatnya mempunyai lebih 2,000 syarikat bersekutu. Syarikat itu telah didagangkan secara awam sejak tahun 2005 dan disenaraikan di Bursa Saham New York di bawah simbol tiker "WEX." Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wexinc.com dan ikut WEX di Twitter di @WEXIncNews.
 
Hubungi
Hubungan Media:
Untuk WEX Inc.
Jessica Roy, +1-207-523-6763
Jessica.Roy@wexinc.com


Sumber: WEX Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160413006397/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.