ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  15 PEMOHON BERTUAH AKAN DITAWARKAN PELUANG UNTUK BELAJAR MASAKAN JEPUN DALAM BAHASA INGGERIS DI KAMPUS 'LE CORDON BLEU' JEPUN YANG MEMPUNYAI 120 TAHUN KEPAKARAN PENDIDIKAN

Tuesday 12/04/2016



AsiaNet 64033
 
TOKYO, 11 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Di bawah "Program Dermasiswa Masakan Jepun" -
 
Le Cordon Bleu Jepun kini mempelawa pemohon untuk menyertai satu program bagi belajar masakan Jepun dalam bahasa Inggeris di Institut masakan itu. Ia bekerjasama pada satu program dermasiswa khas selama lapan bulan, yang dibangunkan di bawah satu projek yang dimulakan oleh Pertubuhan bagi Memupuk Sumber Manusia untuk Mempromosi Masakan & Kebudayaan Makanan Jepun, yang disasarkan kepada graduan sekolah masakan atau kalangan profesional industri yang mencari untuk memperluaskan pengalaman masakan mereka.
 
Program dermasiswa itu dilancarkan secara rasmi pada Julai tahun ini, dan terdiri daripada kelas bahasa Jepun selama 1 bulan, latihan masakan selama 1 bulan dengan chef-chef terkemuka Jepun dengan interpretasi dari Bahasa Jepun ke dalam bahasa Inggeris di Kampus Jepun di Le Cordon Bleu Tokyo dan satu latihan amali selama 6 bulan di sebuah restoran masakan atau sushi Jepun yang terkemuka di Tokyo dan juga di Kyoto. Hampir kesemua perbelanjaan untuk peserta yang terpilih akan ditanggung dan permohonan akan diterima sehingga 22 Mei.
 
(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103762/201604089654/_prw_PI1im_7tJJ19M0.jpg)
 
Program itu sendiri adalah selaras dengan dasar rasmi untuk "Promosi Seberang Laut Makanan Jepun" yang direka untuk mengembangkan lagi masakan autentik Jepun di seluruh pelusuk dunia. Washoku (masakan tradisional Jepun) telah disenaraikan sebagai satu Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO pada tahun 2013, dan penonjolannya dalam industri makanan dunia semakin meningkat. Selaras dengan arah haluan ini, Le Cordon Bleu Jepun juga akan mengadakan pengumuman pada masa akan datang yang berkaitan dengan Diploma Masakan Jepun mereka yang baharu yang akan dilancarkan pada tahun 2017.
 
Maklumat mengenai Program Dermasiswa Masakan Jepun dan keperluan permohonan boleh didapati di laman web:
 
http://www.cordonbleu.edu/news/japanese-cuisine-bursary-programme/en
 
http://www.cordonbleu.edu/japan/home/en
 
 
Sumber: Le Cordon Bleu Jepun
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.