ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ARGOSY MEMBUKA KILANG BAHARU UNTUK MEMPERLUASKAN PENGELUARAN BAHAN AEROANGKASA

Tuesday 12/04/2016



NEW YORK, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Argosy International Inc., pembekal terkemuka bagi komposit canggih dan bahan-bahan yang berkaitan dengan industri aeroangkasa di rantau Asia Pasifik, telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran baharu mereka yang berukuran 2,300 meter persegi yang terletak di No. 33, Jalan Jing ke-3, Daerah Wuqi, Bandar Raya Taichung, Taiwan (Republik China).

Kemudahan baharu itu terletak di Zon Bebas Cukai Taichung dan akan layak untuk AS9100. Ia termasuk sebuah bilik bersih, meja pemotong, dan mesin penyejukbeku untuk memproses kit komposit potongan ikut bentuk. Konfigurasi bagi ruang baharu ini akan membolehkan syarikat itu menyediakan kepada Para Pengeluar Komposit Aeroangkasa di rantau Asia Pasifik dengan penyelesaian set komposit.

"Argosy Taiwan Aerospace Materials (ATAM) membina di atas kejayaan program Inventori Terurus Vendor Argosy yang pada asalnya dilancarkan pada tahun 2006," menurut Ryan Flugel, Naib Presiden bagi Jualan dan Pemasaran di Argosy. "Kemudahan ini adalah berorientasikan pelbagai pelanggan, dan boleh dengan mudah ditiru di lokasi lain untuk menyokong pertumbuhan dan keperluan pelanggan. Kami amat teruja dengan usaha mengembangkan keupayaan pengeluaran kami dengan kilang baharu yang besar ini. Ini akan membolehkan kami untuk meningkatkan keupayaan dan mengembangkan keupayaan kami dalam menyediakan penyelesaian berinovatif kepada pelanggan kami."

Maklumat mengenai Argosy International Inc.:

Sejarah Syarikat

Ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1988 sebagai sebuah syarikat perdagangan, Argosy mula memberi tumpuan kepada pasaran aeroangkasa komersil di benua Asia apabila Syarikat itu menjadi penyedia penyelesaian bahan untuk bahan komposit dan bahan kimia khusus untuk sebuah pengeluar aeroangkasa utama. Bagi menyokong perniagaan ini, Argosy telah membuka pejabat pertamanya di luar negara di Taiwan. Dalam tempoh lima tahun seterusnya, Argosy menjadi sebuah pembekal utama kepada China dan berada pada kedudukan yang baik di pasaran ini apabila penyumberan luar ke Asia oleh pengeluar pesawat seperti Boeing, Sikorsky, Honeywell dan Eurocopter dilancarkan pada tahun 2000. Untuk memenuhi keperluan pasaran itu, Argosy membuka pejabat di Beijing, Xian, dan Shanghai, China dan juga di Korea, Malaysia, Singapura, India dan Australia. Pada masa ini, Argosy adalah sebuah pembekal yang diluluskan kepada setiap kontraktor aeroangkasa utama di Asia, tidak termasuk Jepun.

Pasaran, Produk dan Perkhidmatan Kami

Argosy memberi perkhidmatan kepada pelbagai kumpulan pasaran tetapi memberi tumpuan kepada aeroangkasa, automotif, peralatan dan prototaip bagi industri dan elektronik. Kami memberi perkhidmatan kepada pasaran ini dengan produk kimia yang khusus termasuk resin peralatan, pelekat, lapisan, sebatian pot, pita khas, pelekat filem, indung madu, pengedap, prapreg dan fabrik berprestasi tinggi.

Pendekatan penyelesaian masalah Argosy menyediakan satu perkhidmatan yang pelbagai jenis termasuk pemotongan bahan dan kit; Vendor Inventori Terurus (VMI) pengedaran; logistik; kecekapan tenaga melalui perkhidmatan bangunan hijau yang komprehensif; perisian pengoptimuman pengeluaran; dan sokongan teknikal. Tugas kami adalah untuk membuat proses pelanggan kami lebih mudah dan lebih cekap. Pendekatan unik Argosy dengan Perkhidmatan Pengeluaran Komposit memberi tumpuan kepada mewujudkan nilai untuk para pelanggan dengan pengoptimuman kos, kecekapan pengeluaran, dan penggunaan bahan.

Argosy Shanghai Aerospace Materials (ASAM) yang terletak di Shanghai, China menggabung dan menyediakan lapisan aeroangkasa. Argosy XAC Composite Materials (AXAC) yang terletak di Xian, China mengeluarkan produk teras indung madu dan Argosy Composite Advanced Materials (ACAM) yang terletak di Huntsville, Alabama menyediakan kemudahan pemotong indung madu teras nilai tambah. VMI, pemotong komposit dan kemudahan kit termasuk Argosy Taiwan Aerospace Materials (ATAM) terletak di Taichung, Taiwan dan Argosy Xian Aerospace Materials (AXAM) terletak di Xian, China.

Hubungi
Argosy International Inc.
Thomas A. Burke, +1-212-268-0003 sambungan 107
tburke@argosyinternational.com

 
Sumber: Argosy International Inc.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160411005058/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.