ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MARATON RAKYAT OSAKA BERSKALA BESAR AKAN MENERIMA PERMOHONAN PENYERTAAN DARI 8 APRIL

Wednesday 06/04/2016



AsiaNet 63988
 
OSAKA, Jepun, 6 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Jawatankuasa penganjur Maraton Osaka mengumumkan pada 6 April bahawa ia akan mula menerima permohonan pada pukul 10 pagi pada 8 April, untuk perlumbaan dalam Maraton Osaka edisi ke-6 yang dijadualkan pada Ahad, 30 Oktober 2016.
 
Maraton Osaka adalah yang terbesar seumpamanya di Jepun, dengan kira-kira 32,000 orang pelari, dari Jepun dan dari luar negara, membuat larian melalui tempat-tempat yang indah termasuk Istana Osaka dan lebuh Dotonbori dan Midosuji, dengan lebih 1.3 juta orang bersorak dari tepi jalan. Pelawat ke Osaka akan disajikan bukan sahaja dengan perlumbaan maraton yang terkenal tetapi dengan makanannya yang lazat di mana penduduk tempatan seringkali makan berlebihan, pusat-pusat beli-belah dan taman hiburan bertaraf dunia yang hanya terdapat di Osaka.
 
Maraton Osaka semakin mendapat minat di luar negara, dengan lebih 7,000 orang pelari luar negara telah mendaftarkan diri untuk maraton edisi ke-5 pada tahun lepas.
 
Dalam satu siri usaha untuk menarik lebih ramai peserta dari luar negara, penganjur Maraton Osaka telah mewujudkan beberapa laman sesawang pelbagai bahasa untuk penyertaan, termasuk dalam Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Cina Tradisional, bahasa Cina yang Dipermudahkan, Bahasa Korea dan Bahasa Thailand, dan juga bagi hubungan antarabangsa untuk sebarang pertanyaan.
 
Rangka permohonan 
 
Borang permohonan: Bermula dari pukul 10  pagi pada 8 April, 2016
Perlumbaan, jumlah maksimum peserta dan yuran penyertaan:
(1) Maraton (42.195 km), 29,000 orang, 13,000 yen
(2) Larian Cabaran (8.8 km), 2,000 orang, 6,500 yen 
*Derma amal bagi sekurang-kurangnya 2 unit, 500 yen bagi setiap unit, akan diminta di samping kepada yuran penyertaan. Di samping itu, tambahan 540 yen akan diminta sebagai yuran pengendalian. 
 
- Laman sesawang rasmi bagi borang permohonan dalam tiga bahasa.
Bahasa Inggeris: https://www.osaka-marathon.com/2016/runner/entry/apply/index_en.html
Bahasa Jepun: https://www.osaka-marathon.com/
Cina Tradisional: https://www.osaka-marathon.com/index_tch.html
 
Laman sesawang bahasa tempatan yang lain untuk borang permohonan:   
 Hong Kong (Cina Tradisional): http://www.osaka-marathon2016-hk.com
 Taiwan (Cina Tradisional): http://www.osaka-marathon.com.tw/ 
 
Laman Sesawang Rasmi Maraton Osaka: https://www.osaka-marathon.com/ 
 
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Maraton Osaka
 
Hubungi:
Tanah Besar China
KINTETSU INTERNATIONAL EXPRESS (CHINA) CO., LTD.
Tel: +86-6515-6185
E-mel: grpbeijing@kntchina.com
 
Hong Kong:
KNT (HK) LIMITED
Tel: +852-2735-1166
E-mel: info@knt-hk.com 
 
Taiwan:
KNT Taiwan Co., Ltd.
Tel: +886-2-8771-7551
E-mel: info@knt-taiwan.com  
 
Korea:
Open Care - Sports Tour
Tel: +82-2-508-3933
E-mel: opencaretour@naver.com
 
Thailand:
KNT TRAVEL (THAILAND) Co., Ltd.
Tel: +66-2-513-9444
E-mel: kntthai@knt-travel.com
 
Singapura:
Crest Travel & Tours Pte Ltd. Mesyuarat & Insentif
Tel: +65-6884-4902
E-mel: weili@cresttravel.sg
 
Indonesia:
Golden Rama Tours and Travel
Tel: +62-21-2980-6000
E-mel: contact.us@golden-rama.com
 
Hubungan bagi negara dan wilayah lain:
Yuji Moteki
Meja Maraton Osaka
Tel: +81-6-6535-2627
E-mel: osaka-marathon@or.knt.co.jp 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.