ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PENASIHAT SAINS PERDANA MENTERI DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI BERSAMA LEMBAGA PENASIHAT SAINS PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU UNTUK ASIA-PASIFIK

Wednesday 09/03/2016



KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri dan Pengerusi Bersama Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia (MIGHT) telah dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pengerusi bersama Lembaga Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di bawah Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (ESCAP). Zakri dan bekas Menteri Sains dan Teknologi Pakistan, Prof Atta-ur-Rahman berperanan sebagai Pengerusi Bersama Lembaga ESCAP yang turut dianggotai oleh 10 anggota yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dari Australia, China, India, Iran, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Sri Lanka.

ESCAP bertindak sebagai badan pembangunan serantau PBB bagi Asia-Pasifik. Terdiri daripada 53 negara anggota dan 9 Ahli Bersekutu, ESCAP meliputi skop geografi dari Turki di barat ke negara Kiribati di kepulauan Pasifik di timur, dan dari Persekutuan Rusia di utara ke New Zealand di selatan, dan merangkumi 4.1 bilion penduduk atau dua pertiga daripada penduduk dunia. Ini menjadikan ESCAP sebagai suruhanjaya yang paling komprehensif di bawah naungan PBB, dan merupakan suruhanjaya PBB terbesar yang memantau rantau Asia Pasifik dengan lebih daripada 600 kakitangan.

Ditubuhkan pada tahun 1947 dan beribu pejabat di Bangkok, ESCAP berfungsi untuk menangani cabaran-cabaran yang terbesar di rantau ini dengan mengenalpasti projek berorientasikan hasil, menyediakan bantuan teknikal dan pembinaan keupayaan kepada negara anggota.


Salah satu peranan utama Lembaga tersebut adalah untuk menasihati ESCAP untuk memanfaatkan STI bagi merealisasikan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah dipersetujui semasa Agenda Pembangunan 2030 di Sidang Kemuncak PBB pada September 2015, di New York. Persidangan tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato 'Sri Najib Razak.

Menurut Cik Shamshad Akhtar, Setiausaha Eksekutif ESCAP, "pandangan dan nasihat strategik daripada Lembaga Penasihat STI ini penting untuk memajukan sains dan teknologi di rantau ini,selain meningkatkan pelaburan STI serta mewujudkan budaya keusahawanan dan inovasi."

Mesyuarat pertama Lembaga ini telah diadakan di Bangkok pada 7 Mac.

Mengalu-alukan perkembangan ini, Datuk Dr Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT menegaskan bahawa "pelantikan Zakri merupakan satu lagi testimoni kepada penglibatan beliau dalam arena sains antarabangsa sebagaimana perlantikan beliau di antara 26 anggota Lembaga Penasihat Saintifik Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dan juga Pengerusi Pengasas Platform Antara Kerajaan mengenai Nasihat Dasar Sains Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem (IPBES).

"Saya amat berbesar hati dengan pengiktirafan ini yang secara langsung membuktikanpenghormatan dan penghargaan tinggi masyarakat antarabangsa kepada pembangunan sosio-ekonomi yang dicapai oleh negara kita sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu," kata Zakri sebagai membalas kepada pelantikan baru ini.

Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) ialah sebuah Syarikat Berhad Dengan Jaminan dan bukan berasaskan keuntungan, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Sebagai badan pelaksana Inisiatif Kerajaan bagi pengukuhan sains di negara ini iaitu “Science to Action” (S2A), MIGHT memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan mapan perniagaan berasaskan teknologi tinggi di negara ini menerusi peranannya sebagai badan pemikir, mempromosi kerjasama sektor awam-swasta serta sebagai platform untuk membangunkan perniagaan kepada usahawan-usahawan di Malaysia. MIGHT adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan menerusi kekuatan kerjasama antara sektor awam dan swasta dengan keahlian lebih daripada 100 ahli dari dalam dan luar negara dari pelbagai bidang, termasuk akademik, kerajaan dan industri. (www.might.org.my)

Office of the Science Advisor (OSA)

Pejabat Penasihat Sains telah diletakkan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri. Fungsi utama Penasihat Sains adalah untuk menasihati Perdana Menteri mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Industri (STI). Dalam pembangunan Sains, Teknologi dan Industri, Penasihat Sains berusaha untuk bersikap neutral, memfokuskan objektif dan mengoptimumkan kekuatan antara sektor seluruh mekanisme kerajaan, serta entiti swasta. Ia menghampiri pembangunan saintifik secara holistik, menggalakkan aktiviti melalui keseluruhan rantaian nilai. Dalam mengiktiraf kedinamikan proses inovasi, Penasihat Sains secara aktifnya menggalakkan diplomasi sains dan hubungan antarabangsa serta menggalakkan pengukuhan keupayaan tempatan dalam memajukan inisiatif penyelidikan dan pembangunan saintifik.Pejabat Penasihat Sains telah diletakkan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri. Fungsi utama Penasihat Sains adalah untuk menasihati Perdana Menteri mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Industri (STI). Dalam pembangunan Sains, Teknologi dan Industri, Penasihat Sains berusaha untuk bersikap neutral, memfokuskan objektif dan mengoptimumkan kekuatan antara sektor seluruh mekanisme kerajaan, serta entiti swasta. Ia menghampiri pembangunan saintifik secara holistik, menggalakkan aktiviti melalui keseluruhan rantaian nilai. Dalam mengiktiraf kedinamikan proses inovasi, Penasihat Sains secara aktifnya menggalakkan diplomasi sains dan hubungan antarabangsa serta menggalakkan pengukuhan keupayaan tempatan dalam memajukan inisiatif penyelidikan dan pembangunan saintifik.

SUMBER : Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fatin Asmida Asman, MIGHT
(H) :+60-12-54-96-504
(E) : asmida@might.org.my
 
Laman Web Rasmi MIGHT: www.might.org.my 
Halaman Rasmi Twitter MIGHT: www.twitter.com/mightmalaysia 
Halaman Rasmi Facebook MIGHT: www.facebook.com/mightmalaysia


--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.