PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 01, 2014 -Jumaat

 
 
  SIMPAN DAN MENANG DENGAN SSP

Monday 28/12/2009

BSN Umum Hadiah Baru Tahun 2010

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2009 - BSN telah mengumumkan hadiah baru Sijil Simpanan Premium (SSP) ketika Majlis cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) untuk bulan Disember 2009 yang diadakan di Batu Pahat, Johor pada 26 Disember 2009. Majlis telah disempurnakan Puan Norazian Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan) dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Norizan Kulob, Pegawai Daerah Batu Pahat.

Majlis pelancaran juga telah dipancarkan secara langsung melalui webTV ke semua negeri-negeri di seluruh Malaysia yang turut mengadakan Mega Karnival SSP sempena pelancaran hadiah baru tersebut.

Sebanyak 1,795 hadiah disediakan setiap bulan pada tahun 2010 berbanding 1,717 hadiah yang ditawarkan pada tahun 2009. BSN telah mengumumkan hadiah khas berupa sebuah kereta BMW 120i Covertible selain mengekalkan kereta-kereta mewah seperti Mercedes Benz E200K , Mercedes Benz C200K, BMW 320i dan BMW 520i dan Toyota Camry. Hadiah-hadiah lain termasuk barangan kemas, pakej Umrah/pelancongan dan lain-lain hadiah yang menarik.

Menurut Norazian Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan), “Semua hadiah-hadiah eksklusif dan menarik yang ditawarkan sepanjang tahun 2010 layak dimenangi dengan simpanan minima sebanyak RM10.00. BSN percaya bahawa insentif-insentif seperti peningkatan hadiah dan pemberian dividen kepada pemegang SSP yang layak akan menjadi dorongan kepada orang ramai untuk mula menyimpan dan terus menambah simpanan mereka di dalam SSP.”

Dalam majlis yang sama, BSN juga turut mengumumkan dua cabutan khas iaitu Cabutan Penghargaan dan Cabutan SSP ‘High Savers’ yang julung-julung kalinya diadakan untuk menghargai pelanggan-pelanggan BSN yang setia dan terus menyimpan dengan SSP. Hadiah-hadiah lumayan dan eksklusif seperti kereta mewah baucar barangan kemas dan SSP bernilai di antara RM200 – RM25,000 bakal dimenangi oleh penyimpan-penyimpan yang memenuhi kriteria yang dinyatakan.

Sementara itu, pembelian sijil-sijil bukan sahaja boleh dilakukan di kaunter-kaunter cawangan BSN seluruh Malaysia, mesin ATM BSN, Mesin Deposit Tunai BSN, melalui Unit Bank Bergerak BSN di lokasi-lokasi terpilih malah melalui perkhidmatan perbankan pesanan ringkas (BSN:SMS) yang ditawarkan oleh BSN.

Orang ramai kini berpeluang untuk menyemak keputusan SSP di dalam laman web BSN. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam laman web BSN yang boleh dilayari di http://www.bsn.com.my setelah proses memilih pemenang dibuat di hadapan wakil-wakil daripada Jabatan Aktuari, Kementerian Kewangan dan disahkan oleh wakil daripada Audit Negara. Orang ramai juga boleh menyemak akhbar-akhbar harian utama dan juga melalui SMS untuk mendapatkan keputusan SSP.

Maklumat mengenai Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan dan ditubuhkan pada 1 Disember, 1974. Semenjak penubuhannya, semua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS telah diambil alih oleh BSN. Misi BSN ialah untuk menggalakkan tabungan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak di kalangan rakyat Malaysia sejajar untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Kini BSN mempunyai lebih 5,000 orang kakitangan, 376 cawangan, 727 mesin teller automatik (ATM) dan 76 mesin deposit tunai (CDM) di seluruh negara. BSN mempunyai lebih 7 juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan simpanan berjumlah RM 10.8 billion.

Bank ini telah melaksanakan inisiatif utama melalui proses transformasi dan perubahan baru bagi memastikan ia terus wujud berdaya saing dan mempunyai nilai yang kukuh hingga tahun-tahun yang akan datang. BSN akan terus mempertingkatkan perkhidmatan serta memperkembangkan produk-produk perbankan untuk kemudahan pelanggan. Produk-produk teras BSN termasuklah Pinjaman Persendirian, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Mikro Kewangan, Sijil Simpanan Premium, Skim Perbankan Islam, Akaun Simpanan GIRO, Kad Debit BSNMatrix dan BSN Matrix-i dengan kemudahan MEPS, Kad Kredit VISA dan Mastercard. Untuk maklumat lanjut mengenai BSN, layari laman web www.bsn.com.my.

SUMBER : Bank Simpanan Nasional

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAME : Emilia Azyyati Abdul Rahman
Naib Presiden
Bahagian Hal Ehwal Korporat
TEL : 03-2162 3222 sambungan 6001
EMEL : emilia@bsn.com.my
FAKS : 03-2162 6623

NAMA : Arida Ariffin
Penolong Naib Presiden
Bahagian Hal Ehwal Korporat
TEL : 03-2162 3222 sambungan 6006
EMEL : arida_ariffin@bsn.com.my
FAKS : 03-2162 6623

TARIKH SIARAN : 28 DISEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2014 MREM . All rights reserved.